Ayam Masak Lemak
Sangat penat. Seharian menjalankan tugas luar menjadikan saya sangat penat. Tambahan cuaca panas yang lain macam sekali, menjadikan badan keletihan semacam jer.
Aduhai rasa macam nak berehat hari ni, dapur Azie tak mahu beroperasi tapi permintaan dari Aween yang mahu saya masakkan Ayam Masak Lemak sukar ditolak. Lebih lebih lagi, hubby dah terus membelok ke kedai runcit mencari ayam, santan dan cili. Hmmm tak sampai hati nak menolak permintaan seorang anak yang tengah naik selera makannya.
Aduhai rasa macam nak berehat hari ni, dapur Azie tak mahu beroperasi tapi permintaan dari Aween yang mahu saya masakkan Ayam Masak Lemak sukar ditolak. Lebih lebih lagi, hubby dah terus membelok ke kedai runcit mencari ayam, santan dan cili. Hmmm tak sampai hati nak menolak permintaan seorang anak yang tengah naik selera makannya.
Resepi masak lemak ni memang mudah, sama jer dengan masak lemak cili padi tapi dia dah minta supaya masak lemak biasa kerana tak mahu masak lemak yang pedas. Saya akur walaupun saya amat menggemari masak lemak cili padi.
Jom layan resepinya...
Jom layan resepinya...
Ayam Masak Lemak
1/2 ekor ayam
4 biji cili hidup (1-2 cili padi jika mahu pedas)
2 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 asam keping
Garam
Gula
Daun limau purut atau daun kunyit
Santan secukupnya
Kisar cili, bawang merah dan kunyit hidup. Masakkan dengan santan hingga mendidih. Masukkan ayam, kacau rata. Kemudian masukkan asam keping, garam, gula dan daun limau purut. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dimakan dengan nasi panas panas.
bahan yang digunakan |
setengah ekor ayam jer |
merasmikan periuk baru dari Salamku |
masukkan ayam bila kuah mendidih |
masukkan garam, gula, asam dan daun limau purut |
siap ... |
saye ni dh la puase, terliur pulk tgk ayam ni. kak azi, halalkan sume ilmu ye. saye slalu tgk blog akak sebenarnye hehe
BalasPadamResepi harini bg orang yang tak suka masak. Hahaha thanks for the recipe!
BalasPadamsuke tgk respi blog ni..moga Allah bg gnjran phala utk akak.org lain dpt mnfaat dpt sdiakn menu utk suami n ank2
BalasPadamRezeki kak azie mmg best, thanks kak
BalasPadamDapnye
BalasPadamKak saya hari2 masak ikut resepi akak mls nk fikir nk masak apa
BalasPadamKak saya hari2 masak ikut resepi akak mls nk fikir nk masak apa
BalasPadamkak,...santan tu brapa bnyk?
BalasPadamIkut berapa banyak kuah dan berapa kepekatan kuah. Biasanya saya guna 1 pek santan yang dibeli di kedai runcit.
Padamtq kak share resepi suka sangat simple :)
BalasPadamkuali baru kak comel, boleh tahu beli dekat mana?
Beli kat KB tapi macam tak tebal sb belum apa apa, dah berlubang
PadamJelas dan ringkas . Saya yang tak pandai masak pun boleh ikut . Terima kasih :)
BalasPadamPuan azie,dh banyak mel ambik resepi puan azie,mintak halal ya
BalasPadamMelanie
Resepi dr akak ni mmg x pernah mngecewakan..torbaikk la kak...mujur ada blog ni..utk kami yg jnis x brp nk pndai masak ni... 👍👍👍👍👍
BalasPadamAlhamdulillah today ikut resepi akak menjadi, betul2 sedap,,,thank you very much,,,,,,
BalasPadamSaya suka resepi2 kak Azie...ada jugak saya cuba buat & menjadi...anak2 n suami pun suka....terima kasih....mintak halal ya...tqvm
BalasPadamKak azie...kerap cuba pelbagai resepi dari kak azie... and the resepi menjadi.. tenkiu kak azie...
BalasPadamResipi kak azie senang dan simple, saya mmg tak berapa nak pandai sgt masak, tapi klu ikut resipi kak azie, gerenti jadik 😃 tq😉
BalasPadamSimple tp menarik
BalasPadamNk try buat la...tp pedas sangat tak kak...
BalasPadamTerima kasih kak azie , akk punya resepi ayam masak lemak ni first time msk menjadi sedpp !
BalasPadamSalam kak azie sy aishah
BalasPadamKalau sy tambah serai boleh x?
Wslm Aishah. Boleh. Lagi sedap
PadamSemua reswpi akak ad yg saya dah cuba..n sgt sedap ..thanks akak.=)
BalasPadamSy share ye kak. Slalu jgak refer resepi2 akk☺️
BalasPadamterima kasih puan resepi nya
BalasPadamHari ni nak masak ayam masak lemak ni
BalasPadamHarap sedap hehehe
Minta halalkan resipinya...saya guna ye
BalasPadamAda masokkan minyak tak..
BalasPadamSedap sis.. http://dataurbia.com/1HRH
BalasPadamKak azie bole gantikan kunyit hidup dgn kunyit serbuk tak
BalasPadamBoleh. Tp guna kunyit hidup lagi sedap.
Padam