Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Air Sirap Selasih

Air Sirap Selasih

Saya memikirkan apa air minuman yang hendak dihidangkan semasa jamuan makan pada 20hb nanti dan tiba tiba teringatkan air sirap yang dimasukkan biji selasih yang menjadi kegemaran saya sejak kecil. 

Saya sebenarnya suka sesuatu yang simple sahaja seperti air sirap, air teh O ais dsb. Tak suka sirap bandung atau yang dah dimasukkan berbagai bahan di dalamnya. Dengan air yang simple, kita lebih terasa nyaman dan dapat menghilangkan dahaga yang sebenarnya.

Jom kita tengok bahan bahannya...


Air Sirap Selasih

Air Sirap Selasih 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Pewarna merah
Gula
Daun pandan
1 paket biji selasih
Esen pisang
Air secukupnya
 
Masakkan air dan masukkan pewarna merah, gula dan daun pandan. Masukkan esen pisang dan tutup api.  

Masukkan biji selasih ke dalam mug dan dicampurkan air suam dan dikacau sehingga biji selasih kembang.

Tuang ke dalam gelas yang diletakkan ketulan ais. Sedia untuk diminum. Jika mahu, boleh dicampurkan sirap dengan laici bersama airnya. Sangat nyaman ...


masak air gula dengan daun pandan

masukkan pewarna merah

masukkan esen pisang

tuangkan air sirap bersama air ais ke dalam jug

bancuh biji selasih dengan air suam



Air Sirap Selasih
nyaman



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Air Sirap Selasih"

  1. terimas kasih kak... kerana berkongsi kan resepi sirap selasih

    BalasPadam