Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Spagheti Bolognese



Spagheti Bolognese Azie Kitchen



Hari ni hubby tak ada di rumah kerana menghadiri function di Langkawi. Tinggal lah I dg Juita dan Aween sahaja di rumah. Jadi pagi pagi dah ke dapur menyediakan sarapan. Sarapan saya ialah keropok lekor yang menjadi kegemaran sejak kecil dan spagheti bolognese yang saya masak untuk membuat Baked Meatball Pasta tengahari nanti dan lasagna di sebelah malamnya. 

Kiranya hari ni, kami hanya makan western food jer dari pagi sampai malam. Sos spagheti saya buat secara sempoi jer, menggunakan apa apa jer bahan yang tersedia di dapur.

Jom kita tengok bahan bahan yang digunakan ... jom




Spagheti Bolognese Azie Kitchen

Spagheti Bolognese
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 botol sos spagheti original prego
1 tin tomato puree
1 tin tomata cincang
Daging cincang
Bawang putih
Bawang besar
Mushroom
Lada benggala
Serbuk lada putih
Italian herbs
Garam dan gula

Cara cara:
Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih. Masukkan sedikit cili kisar bagi memberi sedikit rasa pedas.

Masukkan daging cincang. Goreng sehingga daging agak masak, masukkan sos spagheti dan tomato puree serta tomato cincang. Masukkan sedikit air.

Renihkan dan masukkan mushroom, bawang besar dan sayuran. Boleh juga bawang besar ditumis selepas bawang putih. Renihkan lagi. Masukkan garam, gula dan herbs. 

Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Bolehlah dihidangkan dengan menuangkan sos spagheti ke atas spagheti yang direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun.

Taburkan fresh parsley. Saya hanya guna dried parsley kerana mencari di Giant tempohari, tak ada. Taburkan sedikit parmesan cheese. Saya tak letak pun kerana kehabisan stock.

antara bahan diperlukan

lagi bahan diperlukan

tumis bawang putih dan masukkan cili kisar

masukkan daging cincang

sos prego

tomato cincang

tomato puree

last sayur sayuran sebab tak mahu terlalu masak

masuk garam gula herbs dan renihkan

Spagheti Bolognese Azie Kitchen
tuang atas spagheti


Spagheti Bolognese Azie Kitchen
boleh letak parmesan cheese atau fresh parsley

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Spagheti Bolognese"

  1. hidangan yg mudah disediakan utk seisi keluarga dan sedappppp...

    BalasPadam
  2. betul. dengan menyediakan 1 sos, kami buat 3 masakan sekali. spagheti bolognese, baked meatball pasta dan lasagna.

    BalasPadam
  3. Huda
    Salam akak nk tanya, antara sayuran yg akak letak apa ye.. boleh listkn tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya letsk cendawan, bawang besar dsn cili bulat warna merah, hijau dsn kuning sahaja

      Padam
  4. hidangan ni utk berapa org kak??

    BalasPadam
  5. Kadang2 bila blur hilang resepi nk masak azie kitchen yg akan sy buka,memang terbaik perkongsian resepi

    BalasPadam
  6. Resepi2 dr azie kitchen ni selalu membantu sy memasak masakan yg sedap2..thx ya

    BalasPadam
  7. Sos prego n tomato puri tu buh 1 tin terus ka?

    BalasPadam