Malam tadi kami juga memasak Oglio Olio Spagheti menggunakan udang harimau lebihan masak lemak cili padi. Bila menggunakan udang yang segar, masakan juga menjadi manis dan sedap sekali. Tapi banyak bahan bahan lain yang tak ada. Kiranya kami memasak menggunakan apa saja bahan yang ada. Mixed herbs yang menjadi kemestian juga sudah kehabisan, chicken stock pun habis. Tapi apa apa pun spaghethi kami malam tadi sedap dan habis licin walaupun sudah makan nasi dengan bertambah tambah.
Tapi yang sebenarnya kalau ikut apa yang saya baca, bahan utama untuk membuat spagheti ini ialah olive oil dan bawang putih sahaja, selain pasta. Masakan ringkas yang sedap jika diletakkan sekali seafood segar dan juga daun parsley. Malam tadi saya hanya menggunakan dried parsley sahaja.
Jom kita tengok gambar gambarnya. Resepinya boleh dilihat di entri sebelum ini ya ...
tumis bawang putih & cili kering
masukkan seafood dan mixed herbs
masukkan spagheti
kacau rata
AzieSelamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat.
Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak.
Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
Catat Ulasan for "Oglio Olio Seafood Spagheti"
Add your comment