Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Teresek Jantung Pisang



Masak Teresek Jantung Pisang Kelantan



Teresek adalah antara lauk pauk kegemaran saya kalau ada majlis majlis kenduri di Kelantan. Kalau kebiasaanya dimasak Teresek Kacang Panjang tapi kali ini dimasak menggunakan jantung pisang yang memang sedap sekali. 

Ini juga antara lauk semasa majlis kenduri aqiqah cucu saudara pada hari cuti krimas hari ini.

Jom layan gambar gambar dan resepi di bawah, walaupun tiada sukatan diberikan, namun boleh diagak agak dan campak campak sahaja...



Masak Teresek Jantung Pisang Kelantan

Teresek Jantung Pisang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam - hati, kaki atau apa apa jer
Jantung pisang
Rempah gulai kawah
Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit
Rempah ketumbar
Santan
Garam dan gula
Kerisik kelapa
Asam keping


Cara cara:
Jantung pisang dihiris, rendam dalam air garam dan diperah bagi mengeluarkan air yang pahit. Blend cili, bawang bawang, ketumbar, halia, kunyit dan lengkuas. Masak ayam dengan bahan kisar hingga air agak kering. Masukkan santan, asam keping.  Masukkan santan dan masak hingga agak naik minyak. Masukkan garam dan gula. Masukkan jantung pisang dan akhir sekali masukkan kerisik kelapa. Sesuaikan rasa dan kepekatan.

Masak Teresek Jantung Pisang Kelantan
jantung dihiris, rendam air garam dan perah

Masak Teresek Jantung Pisang Kelantan
masak ayam dg bahan kisar dan masukkan santan

Masak Teresek Jantung Pisang Kelantan
masukkan garam, gula, gula melaka dan jantung

Masak Teresek Jantung Pisang Kelantan
akhir sekali masukkan kerisik kelapa

Masak Teresek Jantung Pisang Kelantan
siappp


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Masak Teresek Jantung Pisang"

  1. Sedapnya...teringat masakan chek (mak) kat kg...

    BalasPadam
  2. salam,zaza sebenarnya dah lama cr resepi ni,suami zaza suka sgt..nnt zaza cuba, bole wat juadah berbuka nnt..tqsgt2 azie...resepi2 awk sgt mbantu

    BalasPadam
  3. menu peberet famili sy..teresek jantung pise + kcg pnjg..buh cili padi byk2 n kasi pedas kaw2 nya..pastu ratah kaki n kepak ayam bila dh siap masak..mmg da best

    BalasPadam
  4. Salam k.azie, 10q cbb sudi kongsi banyak resepi2 org kelate...husband org kelantan so kalau nl masak masakan kelantan mmg cari azie kitchens ler....

    BalasPadam
  5. Akhirnya sy dpt resepi ni.. my fevret ever.. ratah saja2.. tqvm sis azie

    BalasPadam
  6. Ilmu masakan yang akn menjadi amal soleh untuk tuannya nanti..t.kasih..jazakillah

    BalasPadam