Masak Tempoyak Ikan Kembung
Sebaik menjengah ke dapur malam tadi sekembali dari Kelantan, ternampak tempoyak yang hubby bawa balik dari kampung. Jadi pagi ni, terus decide untuk masak tempoyak dan minta hubby carikan ikan terubuk atau apa apa ikan yang sesuai untuk dibuat masak tempoyak.
Oleh kerana yang ada hanya ikan kembung, saya memikirkan masak tempoyak stail Perak yang saya belajar dari mak mertua. Masak tempoyak di Perak biasanya menggunakan ikan kembung dan dimasukkan timun atau taugeh yang bersaiz besar.
Masak tempoyak adalah masakan kegemaran my hubby tapi saya jarang sekali memasaknya kerana bila saya masak, rasanya kurang sedap. Lebih lebih lagi pulak bekalan tempoyak kami sudah lama kehabisan. Tapi setelah melihat dan belajar cara kakak saya memasak asam rebus tempoyak ikan patin, baru rasa yakin untuk mencuba lagi.
Yang seronoknya, anak saya Aween memberi pujian yang masak tempoyak yang saya masak ini sedap dan rasa sama seperti yang Cik Yah masak di Kelantan. Jom layan gambar dan resepinya di bawah ...
Masak Tempoyak Ikan Kembung
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
Ikan Kembung
Timun
5 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
3 sudu besar tempoyak
Garam
Gula
1 Asam keping
Blend cili padi dan kunyit hidup hingga halus. Masukkan air secukupnya di dalam periuk. Kacau sebati bahan kisar, tempoyak, garam, gula dan asam keping bersama air.
Masukkan ikan dan timun sekali ke dalam periuk. Saya menggunakan asam keping kerana tempoyak ini masih baru, jadi agak kurang masam.
Selepas digaul sebati, baru dijerang atas dapur. Masak sehingga menggelegak. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Boleh tambah tempoyak jika dirasakan cair.
tempoyak baru yang hubby bawa dari kampung |
gaul kesemua sekali sebelum dimasak atas dapur |
setelah masak |
boleh dihidang dengan nasi putih |
salam kak...saya nak tanye sikit, msk gulai tempoyak ni memang tak pkai bawang ke.
BalasPadam