Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau
Malam tadi, tanpa dirancang terlebih dulu pun saya memasak Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau yang saya beli semasa ke Labuan dulu. Udang yg di frozen masih segar.
Ntah mengapa masak lemak saya hari ini sangat cantik warna kekuningannya dan rasanya pun sangat sedap, walaupun ini lah pertama kali saya memasak lemak secara sempoi sebab nak cepat. Bila dikeluarkan dari peti sejuk, hajat hati hanya untuk dimasukkan dalam spagheti tapi bila melihatkan hubby dah membasuh beras untuk memasak nasi, jadi saya pun masaklah masak lemak. Kalau biasa saya amat berhati hati dalam memasak masak lemak, mengacau dengan api perlahan dengan lemah lembut gitu. hahahaha gurau pagi hari jer.
Anak saya selepas makan nasi, basuh pinggan dan 5 minit kemudian, makan nasi lagi. Begitu lah gambaran betapa sedapnya masak lemak saya malam tadi. Jom kita layan gambar gambarnya. Resepinya boleh rujuk di sini ...
Catat Ulasan for "Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau"
Add your comment