Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Kicap Lala



Masak Kicap Lala



Semasa singgah di kedai runcit ternampak ada lala yang siap di pack di dalam plastik, mengingatkan Aween sangat gemar makan lala sehingga diratah begitu sahaja, saya pun terus membeli 1 pek.  

Kalau biasanya lala di masak cili dan masam manis, kali ini saya memasak lala dengan masak kicap. Kiranya ini resepi yang betul betul ikut tangan nak capai apa apa dan campak jer ke kuali.

Jom tengok resepi yang saya buat tadi ...




Masak Kicap Lala

Masak Kicap Lala
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek lala
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 batang serai
Sedikit sos tiram Maggi
Sedikit kicap pekat manis
Garam dan gula

Bawang bawang, cili merah dan serai di blend.  Tumis bahan blend sehingga garing.  Masukkan sedikit kicap manis.  Kemudian masukkan lala dan kacau rata.
Akhir sekali, masukkan sos tiram, garam dan gula.  Angkat dan bolehlah dihidangkan

tumis bahan blend

masuk sedikit kicap manis

masukkan lala

sos tiram, garam dan gula


Masak Kicap Lala
siap untuk dihidang


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Masak Kicap Lala"