Macarons
Pagi pagi lagi terima bbm dari Nana meminta saya belajar membuat macarons. Saya tahu beliau menggemari macarons yang dibeli semasa dia bercuti ke Paris dulu. Malahan masa kami ke Paris, Nana sempat berpesan supaya saya mencuba macarons. Tapi entah lah walaupun saya orang Kelantan yang terkenal dengan makanan yang manis manis, saya rasa macarons ni terlalu manis sampai tak lalu nak menelannya.
Tapi tak apa sebab anak anak yang lain juga menggemari macarons. Semasa ke The Curve hari tu, Boy sempat membeli macarons, jadi saya akan cuba membuat macarons. Tapi percubaan pertama kita ni tak berapa menjadi walaupun rasanya dah OK, hahaha tengok lah macaron kita bertanduk pulak jadinya.
Jom kita tengok resepi yang saya ambil dari blog Masam Manis walaupun banyak resepi dari blog luar negara. Jom layannnn....
Jom kita tengok resepi yang saya ambil dari blog Masam Manis walaupun banyak resepi dari blog luar negara. Jom layannnn....
MACAROON
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna serbuk
Nutella
Cara cara
Sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas dulang pembakar dgn kertas minyak/baking paper. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu.
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan.
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok.
Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar benar kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C ke 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.
Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macarons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk.
Bila dah sejuk boleh lah letak ganache apa apa yg disukai.
putar putih telur dan gula caster hingga adunan bertanduk |
gaul secara kaup balik dengan tepung badam dan gula icing |
masukkan serbuk pewarna |
guna duit syiling 50 sen, lukis di baking paper |
pipe adunan ke dalam bulatan yang dibuat |
biarkan sehingga adunan tidak melekat di tangan sebelum dibakar |
sejukkan terlebih dahulu sebelum diletak inti |
nak mudah, letak nutella jer |
ini lah macaron kami yang sedap ... |
(Ninie's Lasagna).PERTAMA DARI KAMI DELEVERY LASAGNA KE RUMAH ANDA
BalasPadamZaini 59 - Thu 20/Sep/12, 12:41pm
salam semua warga MAJALAH..KAMI INGIN MEMPROMOSIKAN MAKANAN KAMI UNTUK SEKITAR K.L;
KAMI SEDIA MENGHANTAR/DELEVERY KE RUMAH ANDA APABILA ANDA MEMESAN MAKANAN WESTERN SAHAJA IAITU LASAGNA AYAM/DAGING..
*UNTUK MEMPROMOSIKAN MAKANAN KAMI MEMBUAT HARGA PROMOSI SESUAI DENGAN HARGA..SPT DIBAWAH:
1)SEBEKAS LASAGNA DAGING/AYAM BERSERTA EXTRAA CHEESE MOZARELLA DAN PENGHANTARAN UNTUK 2 ORANG MAKAN HANYA RM 14..
*info*bulan puasa saya berniaga di tapak bazar pandan indah..alhamdulillah 1st year mendapat galakan dan coment yg positif dari custermor dan sekarang saya mula membuat DELEVERY/PENGHANTARAN SEKITAR KL..
CAWANGAN PERTAMA SAYA DI WANGSAMAJU SEKSYEN 2 BERHAMPIRAN BURGER BAKAR..
HUBUNGI PN NORAINI:0166994581