Lasagna
Saya belajar resepi lasagna ini dari kawan baik saya Yarina dan digabungkan dengan resepi Fadzlina Fadzil menjadikan lasagna yang sangat sedap. Saya terbaca komen rakan rakan Fadzlina akan keenakan lasagna Fadzlina, lalu saya terus menghantar mesej melalui inbox meminta resepinya. Resepi ni dah lama tersimpan, malahan tak pernah lagi cuba memasaknya.
Saya bukan penggemar lasagna tetapi anak anak sangat menggemarinya. Setiap kali ke Pizza Hut, pasti setiap orang akan order lasagna.
Saya bukan penggemar lasagna tetapi anak anak sangat menggemarinya. Setiap kali ke Pizza Hut, pasti setiap orang akan order lasagna.
Entah kenapa tiba tiba teringat untuk membuat lasagna memandangkan cuti sekolah, Juita dan Aween ada di rumah dan hari hari hanya makan tengahari dengan nasi bungkus sahaja. Hubby pulak berada di Langkawi, jadi saya bercadang untuk memasak western food sahaja hari ini yang lebih simple.
Cara untuk membuat kuah merah atau sos spaghetti bolognese boleh rujuk pada entri sebelum ini atau di klik di sini. Jom kita tengok gambar dan resepi yang saya gunakan untuk membuat lasagna... jom
Lasagna (1 dulang 1’x 6’’)
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Keping lasagna secukupnya
Keping lasagna secukupnya
Kuah merah (sama spt membuat kuah spaghetti bolognese):
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit cili kisar, jika suka pedas
Daging cincang
1 botol sos prego
Sedikit black pepper
Mushroom (atau apa apa yg suka)
Italian herbs
Fresh or dry parsley
Fresh or dry parsley
Garam dan serbuk perasa
Masuk olive oil. Tumis bawang besar, bawang putih. Masuk cili kering sikit dan daging cincang. Bila daging agak masak, masukkan sos prego, sedikit black pepper, mushroom, perasa Italian herbs dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatannya.
Kuah putih
4 sudu besar Majerin
6 sudu besar tepung gandum
500 ml susu full cream (apa apa susu pun boleh)
2/3 grated cheddar cheese (optional)
2/3 grated cheddar cheese (optional)
Panaskan majerin, bila cair masukkan tepung gandum, kacau sebati hingga tepung keperangan. Masukkan susu. Masuk garam, black pepper dan grated cheddar cheese (tak letak pun tak apa, tak ada beza rasa with or without cheese). Kacau sampai pekat. Kuah jangan terlalu pekat, biar cair sikit supaya tak kering bila dibakar
Cara cara
Keping lasagna tu rendam dg air panas. Bila dah lembut atur dalam dulang acuan. Bubuh sos merah, sos bubuh putih, tabur cheese parut dan mozarela secara berselang seli.
Susun kepingan lagi dan seterusnya. Lapisan atas sekali mestilah kuah putih sebelum ditabur dengan cheese.
Susun kepingan lagi dan seterusnya. Lapisan atas sekali mestilah kuah putih sebelum ditabur dengan cheese.
Bakar setengah jam dalam oven 180 degree dalam 30 minit. selepas dikeluarkan dari oven, biarkan dalam 10 - 15 minit sebelum dihidangkan.
Panaskan butter |
goreng tepung gandum hingga keperangan |
masukkan susu dan garam |
masukkan cheese jika suka |
atur kepingan lasagna atas dulang yang disapu olive oil |
Lapis kepingan lasagna, kuah merah, kuah putih dan cheese |
taburkan mozarella cheese untuk lapisan atas |
Bakar dalam 3 minit |
Kawan2 ofis saya dah try, mmg sedap. Sy nk try gak nnti.
BalasPadamWah best nyer, nk try masak hari ni lh.. boring mkn nasi
BalasPadamNak buat malam ni
BalasPadamPn.Azie..terima ats semua resepi yg pn share dlm blog pn...sy mmg selalu ambil resepi dr blog pn...sy harap pn halalkan semuanya...terima kasih sekali lg..
BalasPadamTerima kasih kerana sudi menulis kpd saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan kpd blog azie kitchen
PadamMaaf, saya keliru, bakar 30 minit or 3 minit ye? sbb dlmn resepi tulis 30 mnit, tp dlm gmbr 3 minit...mana 1 yg btul ye?
BalasPadamKeping lasagns tu mcmana ye? Ada brand dia tak? Kalau ada gmbr lg bagus 😃
BalasPadamsalam kak azie. saya baru try resepi ni. hihi jemput tengok blog saya. terima kasih sbb share!
BalasPadamhttps://izz-hazwani.blogspot.com/2019/10/resepi-lasagna-daging-ikut-suka-je-guna.html
Nak beli kt mana kepingan lasagna?
BalasPadamKedai bakeri
PadamKalau nak cari resepi kan, memang saya cari azie kitchen sebab mudah faham, jelas dan sangat teratur susun kata dan cara pembuatan. Straight to the point terus cara2. Terima kasih Azie Kitchen mudahkan urusan saya. Semoga Allah rahmati Azie Kitchen dan Keluarga, bertambah rezeki. Aamiin. Terima kasih Share ilmu memasak♥️
BalasPadamTerima kasih atas segala ilmu Yang dikongsikan. AzieKitchen telah banyak memudahkan urusan dapur saya. Alhamdulillah.
BalasPadamTerima kasih!
BalasPadam