Kuih Talam Seri Muka
Saya masih teringat ingat kuih talam seri muka yang disediakan semasa menghadiri seminar, sangat sedap. Lapisan bawahnya sangat lembut dan cukup lemaknya. Manakala bahagian atasnya lembut dan kemanisan yang sangat bersesuaian. Pendek kata sedap lah sampai hari itu, saya menghabiskan hampir 5 ketul. Mak oii banyak tu, maklum umur macam kita ni, bukan boleh makan pulut banyak banyak.
Kerana teruja sekali, saya balik terus menggodak mencari resepi yang boleh dicuba. Terjumpa resepi dalam blog Curlybabe's yang mana dia mendapat resepi ini dari Chef Asma sendiri. Saya langsung membuat salinan resepi ini dalam ipad untuk dicuba sendiri.
Entah kenapa dari malam tadi, semua kuih yang saya buat tak menjadi walaupun rasanya sedap sekali. Rasanya pengukus yang dah berbakti 20 tahun lebih dah minta diganti dan selebihnya diri saya sendiri. Saya yang sungguh tak sabar. Macam kuih seri muka ini, saya tahu yang ianya perlu benar benar sejuk tapi saya tetap mengeluarkan dari loyang kerana geram melihat permukaan kuih yang tak rata. Ia tak rata dan berair kerana penutup kukusan yang dah tak lagi bertutup rapat. Apa apa pun rasanya, sedap sekali cuma saya amat lah frust melihatkan permukaan seri muka yang hancuish... Saya pasti akan mencuba lagi sehingga berjaya menghasilkan Kuih Talam Seri Muka yang cantik dan sedap.
Jom kita tengok resepi. Terima kasih kepada yang empunya resepi semoga perkongsian ini memberi manafaat yang tidak terhingga kepada semua ...
Kuih Talam Seri Muka
Kuih Talam Seri Muka
Bahan2 Lapisan Bawah:-
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp garam halus
sedikit minyak masak (jika suka)
Cara cara:
sedikit minyak masak (jika suka)
Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih & toskan.
Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit. Dialas plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. Tekan dalam loyang 10x10x2".
Bahan2 Lapisan Atas:-
Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit. Dialas plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. Tekan dalam loyang 10x10x2".
Bahan2 Lapisan Atas:-
Bahan A
250 gm gula castor
100 gm tepung kastard
400 ml santan pekat
400 ml air
10 helai daun pandan- diblender dengan air di atas.-tapis
Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pandan essence (jika suka)
pewarna hijau- secukupnya
Cara caranya:-
Cara caranya:-
Kacau rata bahan A dan masukkan bahan bahan B. Kacau hingga sebati atau diblender kesemuanya. Tapis ke dalam periuk & masak dalam 2 - 3 minit sambil dikacau hingga naik wap.
Tuang ke atas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.
Tuang ke atas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.
Potong dengan pisau plastik apabila kuih benar benar sejuk.
as salam kak azie.....
BalasPadamsalam perkenalan...saya byk cuba resepi kak azie...semoga dihalalkan atas perkongsian resepi2 tersebut..