Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kerutuk Daging Kambing


Kerutuk Daging Kambing


Kerutuk adalah salah satu lauk yang disediakan semasa kenduri aqiqah rumah kakak saya sempena majlis cucunda sulung mereka. Biasanya daging akan dipotong lebih besar dari biasa. 



Kerutuk Daging Kambing

Resepi kerutuk adalah masakan istimewa bagi orang Kelantan terutama di majlis majlis kenduri kendara.  Kalau nak kerutuk yang sedap, hmm rahsianya mesti beli rempah kerutuk dari Kelantan.

Kerutuk mesti rasanya agak manis dan kuahnya agak kepekatan. Jadi mesti menggunakan santan pekat dan dimasak agak kering. Warnanya lebih kehitaman, lebih gelap dari gulai kawah.


Jom kita layan resepinya ...



Kerutuk Daging Kambing

Kerutuk Daging Kambing
Oleh: Azie Kitchen

Daging kambing
Rempah kerutuk
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Gula Melaka
Garam dan gula
Santan secukupnya
Kerisik kelapa

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris dengan rempah kerutuk agak lama hingga garing.  Daging dibasuh dengan tepung gandum bagi mengelakkan bau hamis.  

Masukkan daging dan rempah yang ditumis dan gaul rata.  Letak atas dapur dan masak hingga daging agak empuk sebelum masukkan santan pekat.  Masukkan garam, gula, gula melaka dan akhir sekali kerisik.  Sesuaikan rasa dan kepekatan sebelum diangkat dan dihidangkan panas panas dengan nasi putih atau nasi minyak.

Kerutuk Daging Kambing
gaul daging dan rempah yang ditumis

Kerutuk Daging Kambing
masak hingga daging empuk sebelum masukkan santan

Kerutuk Daging Kambing
masukkan air asam jawa, garam, gula dan gula melaka

Kerutuk Daging Kambing
siap ...

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Kerutuk Daging Kambing"