Gulai Lemak Ikan Keli Lembut Kelantan
Saya memang sejak kecil sangat suka dengan ikan keli lembut yang banyak terdapat di sawah sawah padi terutama musim banjir.
Terdapat 2 jenis ikan keli sawah iaitu ikan keli lembut yang badannya agak pendek dan bulat diekornya serta badannya berbintik kuning berbanding ikan keli kayu yang agak lonjong dan badan kurang berbintik kuning.
Setiap kali balik kampung, ikan keli lembut inilah yang saya cari di Pekan Jelawat. Ikan ini sedap dimasak gulai atau digoreng dengan garam kunyit.
Saya memang tidak suka mengerjakan ikan sungai yang hanyir dan berlendir. Jadi setiap kali beli, saya akan bawa balik untuk dimasak oleh kakak selepas Bonda tidak lagi memasak. Dulu dulu, memang Bondalah yang akan memasak lauk pauk yang saya ingin makan setiap kali balik kampung.
Jom layan resepinya di bawah ini....
Bahan bahan
4 tangkai cili kering
1 inci kunyit hidup
beberapa hiris lengkuas
4 ulas bawang merah
Sedikit rempah ketumbar
1 keping asam keping
Garam gula
Sedikit daun kesum
Cara cara:
Kisar kesemua bahan di atas kecuali asam keping dan daun kesum. Masukkan bahan kisar, asam keping dengan santan sehingga menggelegak. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak.
Kisar kesemua bahan di atas kecuali asam keping dan daun kesum. Masukkan bahan kisar, asam keping dengan santan sehingga menggelegak. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah minyak.
Bila dah menggelegak, masukkan ikan dan kacau rata. Masukkan garam, gula dan daun kesum. Sesuaikan rasa dan angkat.
Nk try buat la hr ni :) nk pegi beli santan dlu ;)
BalasPadamI ever tried to make this one when my mother was going aboard.
BalasPadamSalam,kak azie duk mano tu beli ikan pasar jelawat..org jelawat ke? xsangka ade org sekampung wat chanel ni..huhu bangga sikit.
BalasPadam