Ayam Masak Pedas Kelantan
Ayam Masak Pedas atau dipanggil juga sebagai Ayam Masak Merah adalah masakan yang biasa disediakan untuk majlis kenduri kendara keluarga saya di Kelantan. Lauk ini dimasak secara beramai ramai sebagai salah satu dari lauk yang dihidangkan semasa majlis aqiqah Ahmad Adib Idris, cucu saudara saya yang terbaharu.
Walaupun masakan ini adalah masakan biasa, tapi saya mengambil kesempatan untuk belajar cara masakan ini yang dimasak oleh tukang masak Kelantan.
Jom layan resepi yang digunakan di bawah. Oleh kerana ianya dimasak dalam kuantiti yang banyak, jadi saya tidak dapat memberikan sukatan untuk lauk ini. Jadi kenalah agak agak sendiri juga untuk memasak seekor ayam.
Ayam Masak Pedas
Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sos tomato
Garam dan gula
Ajino moto
Kacang peas
Bawang besar hiris
Cara cara:
Ayam diperap dengan garam, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit. Ayam dicelur sekejap sebelum digoreng.
Ayam diperap dengan garam, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit. Ayam dicelur sekejap sebelum digoreng.
Blend bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis bahan di blend hingga garing. Masukkan cili kisar dan kacau hingga betul betul garing. Masukkan sos tomato, gula, garam dan sedikit aji nomoto. Bila dah betul betul masak, masukkan kacang peas dan bawang besar hiris. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng.
tumis bawang merah, putih dan halia dikisar hingga garing |
celur ayam dlm air garam, bawang putih, halia dan kunyit |
masukkan cili kisar |
masukkan sos tomato |
masukkan sos cili |
masukkan gula dan garam |
sedikit aji no moto |
letakkan kacang peas dan bawang besar hiris |
sesuaikan rasa dan kepekatan |
masukkan ayam celur yg digoreng |
kacau sebati dan siap dihidangkan |
Saya dah buat resepi tu.. mmg sedap... suami pon suka, timo kasih banyok2
BalasPadamdrp, suri
Salam kenal.
BalasPadamMemg menjadila resepi ni.
Terima kasih atas perkongsian :-)
As salam,
BalasPadammohon copy paste resepi ini.
TQ
silakan lah
PadamKalau kat kenduri kat tempat saya pon sama. Biasa masakan ni memang ada. Memang sedap biasanya. ;)
BalasPadamsy na cba buat ni kalau mnjdi...
BalasPadamkalau tak ade kcg peas bole tak?? rsa dy cm mna ye?? tlong blas ..
BalasPadamTak bubuh OK sb saya pun jarang bubuh sebab anak pun tak suka
Padamsy dh buat... meme sedap dan cepat.... sy msak kntuk adek2 sya... almklumler baru nk beljar dup dpur semntra cuti niee.... tq akak... sedap sngt :)
BalasPadamPetang ni nk test buat
BalasPadamCelur ayam tu camne
BalasPadamMemg sedappp..sy da try wat..cuma tambah serai je..mabeles..tq atas perkongsian resepi;)
BalasPadamSalam kak,maaf nk tanye..ayam tu diperap dan digoreng dlu baru dicelur atau aym mentah dicelur dlm air garam + bawang..sori kak,saya br nk belajar :)
BalasPadamPerap dan celur. Tapi kalau masak dlm kuantiti sedikit tk perlu lah dicelur. Kalau kenduri, jumlahnya banyak
PadamMasakan ayam pedas yang ini emang mak nyussss
BalasPadammampu menggoyang2kan libah dan membuat ketagihan untuk memasak lagi
Cili tu cili kering ke cili tak kering? Cili boh boleh x?
BalasPadamJay
Nak sedap guna cili kering. Kalau kenduri, guna cili boh jer.
PadamNk try buat la..nampak cam best jer...
BalasPadam😊
BalasPadamcili kering tue takyah rebus ker?
BalasPadamBaru cuba resipi ni tadi, alhamdulillah sedap :)
BalasPadamnak kne cuba ni. xpnh pulak sy celur dulu aym. huhu
BalasPadamSalam kak Azie, saya dah cuba resepi ni, sgt puas hati..senang nak masak dan sedap...sy silent follower aziekitchen blog, saya x pandai masak n mmg x suka masak coz sejak zaman sekolah mmg jarang ke dapur, tapi semenjak sy berkeluarga, dah kena rajin ke dapur and masak untuk suami dan anak2 kan...blog akak menjadi main reference sy utk try many recipe..sekarang dah suka masak saya ni...thanks kak azie for the inspiration....
BalasPadamfrom nora, melaka
Mmng sdap msak ayam pedas
PadamMasak ayam pedas memang best
BalasPadamterima kasih utk resepi ni :)
BalasPadamhuhu sampai sekrang still suka ayam masak merah sedap.Favourite
BalasPadamAyam pedas kelate xpedas sebenarnya.. Dia la panggil ayam pedas sbb warna dia merah. Memang lauk pemes kalau kenduri kt kelate.. Mak sedara Ambo salah sorang tukang masak kenduri.. Daging buku besar dan kambing masak hitam dia memang power mower..
BalasPadam