Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Goreng Garam Kunyit



Ayam Goreng Garam Kunyit



Ini lah resepi ayam goreng yang saya masak sejak kecil.  Ayam dipotong potong kecil, taburkan garam dan kunyit dan dimasak dengan sedikit air dahulu sebelum digoreng.  Bila berkahwin baru saya tengok cara ayam digoreng seketul besar besar.  Mungkin sebab kami bukan orang senang, jadi setiap orang tak dapat menikmati lauk ayam dengan begitu mewah.  Ayam yang dibuat lauk adalah ayam yang dibela oleh arwah my father, hanya merasa makan ayam daging setelah abang dah dewasa.  

Ingat lagi, masa tu seronok kalau dapat ikut abang ke kedai jabatan pertanian untuk membeli ayam daging.  Barulah dapat merasa sedapnya ayam daging berbanding dengan ayam kampung yang menjadi lauk kami selama ini.  Balik rumah jer, boleh terus dipotong.  hmm kalau tak, kena rebus air, celur ayam dan cabut bulu bulu ayam sebelum dipotong dan tarik keluar isi perut ayam.  Pendek kata tak semudah sekarang lah sebelum dapat makan ayam.

Hari ini my daughter Nellisa bertanya kenapa saiz ayam goreng kecil sangat kerananya dia tak biasa melihat ayam goreng yang dimasak semasa saya kecil di kampung dulu.  OK lah jom kita tengok gambar gambar ...




Ayam Goreng Garam Kunyit

Ayam Goreng Garam Kunyit
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam  dipotong kecil
Garam
Kunyit
Bawang besar hiris
Cili merah hiris
Minyak untuk menggoreng

Ayam diperap dengan garam kunyit.  Goreng ayam hingga agak garing, dimasukkan bawang besar dan cili hiris.  Goreng lagi hingga layu dan bolehlah dihidangkan.


bahan diperlukan

Ayam Goreng Garam Kunyit
goreng ayam hingga garing

Ayam Goreng Garam Kunyit
masukkan bawang dan cili hiris


 
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Ayam Goreng Garam Kunyit"