Acar Timun Mentah Kelantan
Acar timun mentah ini adalah antara sayur yang disediakan dalam majlis kenduri kendara di Kelantan. Sangat cepat disediakan dan rasanya pula sedap dan tak menjemukan. Ini adalah antara masakan yang dihidangkan dalam majlis aqiqah di rumah kakak saya semalam.
Kakak sulong saya, Kak Hasnah memang pakar dalam menyediakan Acar Timun Mentah ini. Bila ada kenduri, memang bab menyediakan ini akan diserahkan pada dia.
Saya suka meratah acar yang memang rangup. Sedap diratah begitu sahaja. Jom layan resepi yang digunakan...
Acar Timun Mentah
5 kg timun
5- 8 biji karot secukupnya
10 tangkai cili merah
8 biji bawang besar Holland
1 botol besar cuka makan
1 kg dan 2 senduk gula pasir
Garam
Masukkan cuka, gula dan garam dan dikacau hingga hancur. Masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah dan karot yang dihiris halus. Akhir sekali masukkan timun dan sesuaikan rasa.
Masukkan cuka, gula dan garam dan dikacau hingga hancur. Masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah dan karot yang dihiris halus. Akhir sekali masukkan timun dan sesuaikan rasa.
bahan diperlukan timun dan karot |
campur garam, gula dan cuka hingga hancur sebati |
masukkan bawang besar |
tuang dalam hirisan timun |
masukkan karot dan cili merah |
kacau rata |
sesuaikan rasa |
bawang besar tu soak dengan apa kak? looks yellowish?
BalasPadamSedikit serbuk kunyit
PadamAssalamualaikum Puan,
PadamSaya nak tanya, apakah yang dimaksudkan dengan 1kg dan 2 senduk gula? adakah 1kg+2senduk gula?...tq.
Ya betul 1 kg dan tambah lag 2 senduk
PadamAssalamualaikum kak azie. saya nak Tanya.. resepi ini untuk berapa orang makan?
BalasPadamsedap. masam manis
BalasPadamSedap.dah cuba. Thanks for the recipe
BalasPadamsedap... terbaik
BalasPadamAssalamualaikum pn azie...satu botol besar ka cuka tu? Kalau letak asam boi ok ka?
BalasPadamWslm. Botol saiz biasa
PadamNak Cuba buat hari ni..
BalasPadamcuka tu tuang satu botol ke?
BalasPadamYa kalau utk sukatan gula seperti yang digunakan.
PadamHi kak azie. Acar timun mentah ni dapat tahan berapa lama ya?
BalasPadam