Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Spicy Sardine Roll

Spicy Sardine Roll

Hari ini saya telah memasak puding, butter cake dan malam Juita pula memberitahu yang dia ingin membuat sardin roll. Apa lagi saya terus setuju kerana sardin atau apa apa yang diperbuat dari sardin adalah makanan kegemaran saya.

Spicy Sardine Roll

Saya terus membantu dia membuat doh, manakala inti semuanya disediakan oleh Juita sendiri. Seronok bila ada anak gadis yang boleh menjadi kawan yang punya minat yang sama. Bayangkan jika saya sorang sorang terperuk di dapur, mesti tak best kan.

Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya....


Spicy Sardine Roll

Spicy Sardine Roll
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
120 gm high protein flour
60 gm butter/ margarine
1 sudu kecil garam
10 ml air

Filling:
150 gm sardine - lenyek kasar 
Bawang besar - cincang
2 tangkai cili merah - cincang
1 biji telur
1 sudu kecil jus limau/jus lemon
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam

Method :
1. Satukan tepung dengan garam dan mentega dalam bekas besar dan uli sehingga menjadi doh. 
2. Tambah air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga gluten has developed.
3. Letak dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum digunakan. 
4. Potong doh dalam 2 inci lebar dan  inci tebal dan potong menjadi 2 keping setiap satu. 
5. Satukan semua bahan inti sehingga sebati. 
6. Letak 1 sudu kecil inti sardin ke atas setiap keping pastri. 
7. Gulung dan seal pada bahagian hujung dengan sedikit air. 
8. Lenser permukaan atas dengan adunan telur. Bakar pada suhu 200 C selama 10 minit.

NOTA:
1. Jangan terlebih isi inti kerana ia akan terkeluar dari gulungan. 
2. Boleh adjust tahap kepedasan dengan memasukkan sedikit cili padi ke dalam inti. 
3. Jus lemon membantu untuk mengurangkan bau hanyir ikan sardin. 


Spicy Sardine Roll

Spicy Sardine Roll


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Spicy Sardine Roll"

  1. Way cool! Some very valid points! I appreciate you writing
    this article and also the rest of the website is extremely good.

    BalasPadam