Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sayur Goreng Sempoi






Biasanya saya akan cuba masakkan sekurangnya satu masakan sayur untuk melengkapkan menu masakan saya.  Dah hari raya, semua kedai tutup.  Belek belek dalam peti sejuk, ternampak ada sayur kubis yang dibeli  sebelum ini.  Tengok ada pula udang untuk dimasukkan sebagai perencah.  Apalagi jom jalan lah.

Cara memasaknya sangat mudah bagi anak anak yang baru belajar memasak ya. Yang orang tua tua tak payah lah ikut, tengok gambar gambar jer  ya.  hahaha jangan geram pula ya.  Saya tumis bawang merah, bawang putih yang dihiris sehingga wangi, masukkan udang.  Goreng sekejap jer.  Terus masukkan sayur, cili hiris dan bawang besar hiris.  Masukkan sos tiram, garam dan serbuk perasa.  Boleh lah diangkat sebab sayur tak mahu terlalu lama dimasak ya.  Dah siaappp ...
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Sayur Goreng Sempoi"

  1. dah lama tak msak sayur ni..namapak akak masak sedapnya..nyum nyum..

    BalasPadam
  2. ini sayur emergency. saya memang suka masak sayur yg sempoi supaya kita dapat merasai keenakan sayur sebenar

    BalasPadam