Masak Asam Pedas Ikan Belanak
Musim musim banjir, memang banyak ikan belanak yang dijala di laut dan muara muara sungai di sekitar pantai Bachok. Saya sebenarnya dah lama tak makan ikan belanak kerana sebab sebab tertentu. Namun hari ini, semasa berada di rumah kakak, penjual ikan masuk ke laman rumah membawa ikan belanak yang segar segar. Jadi kakak telah membeli ikan belanak untuk dimasak asam pedas stail Kelantan.
Masak asam pedas yang tidak ditumis ini sedap juga dibuat menggunakan ikan duri atau ikan yang agak berlemak. untuk sedikit kelainan, bolehlah kita mencuba masakan ini. Jom kita tengok resepinya di bawah, jom layannnn....
Masak Asam Pedas Ikan Belanak
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
7 cili kering
5 bawang merah
1 ulas bawang putih
5 asam keping
5 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
Garam dan serbuk perasa
sedikit daun kesum
Cara cara
Blend semua sekali kecuali asam keping dan daun kesum. Masukkan dalam periuk dan masukkan air se cukupnya. Rebus sehingga menggelegak, baru dimasukkan ikan.
Masukkan garam dan daun kesum. Sesuaikan rasa. Boleh dimakan dengan nasi putih panas panas.
Mesti sdap.. Nak test jgk masak asam pedas kelantan..asam pedas johor dah slalu makan..
BalasPadamMasak Asam pedas yang lebih simple. Tak perlu ditumis
Padamdah try, sodap n sonang
BalasPadamIni resepi masakan Kelantan yang memang simple
Padamni biasanya kat melaka... kami panggil ikan masak asam rebus
BalasPadamSalam kak azie..
BalasPadamNak tanya, ikan tu boleh ke, kalau tukar pada ikan lain.?
Boleh guna ikan apa apa pun.
Padamxdr lengkuas boleh x
BalasPadamBoleh jer
Padam