Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Talam Ubi Kayu


Kuih Talam Ubi Kayu

Kuih Talam Ubi Kayu


Saya tertarik dengan tulisan bdaria penulis blog berkenaan dengan kuih talam ubi kayu yang dia buat.  Dia mengatakan kuih ini sangat sedap dengan secukup rasa masin masin dan manis, menjadikan saya ingin sekali mencubanya.

Memang sedap kuih ini. Cuma di bahagian lapisan bawah agak nipis kerana ubi kayu yang saya gunakan adalah tidak mencukupi, jadi saya hanya menggunakan apa yang ada sahaja. 

Tapi itu lah, kuih ini masak dah pukul berapa, jadi saya tak sabar menunggu ia benar benar sejuk, dah dipotong jadi rupanya tak elok lah sikit tapi rasanya memang  mabeles you... kalau nak tahu, cuba lah sendiri.

Jom kita tengok resepinya yang saya cut and paste dari blog bdaria..



Kuih Talam Ubi Kayu


Kuih Talam Ubi Kayu
Sumber: Kelas Talam 2 (Chef Asma)
Oleh: Azie Kitchen

LAPISAN BAWAH
Bahan-bahan
700 gm ubi kayu (parut dan timbang)
100 ml santan pekat
300 ml air
250 gm gula castor
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Satukan kesemua bahan-bahan kedalam periuk dan kacau rata.  Masak semua bahan-bahan sehinga pekat.
Tuang kedalam loyang dan kukus selama 25 minit. Lapik plastik untuk memudahkan kuih dikeluarkan dari loyang

LAPISAN ATAS
Bahan-bahan
100 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
50 gm tepung gandum
2 tsp garam
300 ml santan pekat
800 ml air

Cara-cara
Bancuh semua bahan-bahan diatas
Tapis ke dalam periuk, masak sehingga naik wap
Tuang ke atas lapisan bawah
Kukus selama 30 minit.


parut dan sejat air dlm 15 minit


masuk semua bahan lapisan bawah & masak hingga pekat


masuk semua bahan lapisan atas & masak hingga naik wap


selepas kukus 25 minit


tuang bahan lapisan atas


angkat selepas dikukus selama 30 minit



Kuih Talam Ubi Kayu
siap dipotong dan dihidangkan 


Kuih Talam Ubi Kayu
mabeles dg lemak manis dan masin




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Kuih Talam Ubi Kayu"

  1. Assalamualaikum kak,

    Saya dah cuba buat semalam. :) Sedap sangat! Terima kasih. Nak share resipi di blog saya ye. Thanks.

    Boleh saya tau macam mana tak nak kasi kepala santan yang atas tu pecah2 lepas kukus?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh, pecah ke? Saya punya tak pecah pun. Tak pasti lah pulak.

      Padam
    2. Pecah myb ms masak santan

      Padam
  2. Nampak sedap,mohon d copy resepinya nak cuba ...

    BalasPadam
  3. Guna santan kotak boleh ker

    BalasPadam
  4. Saya dah buat... alhamdulilla jadi... terima kasih utk share resepi..

    BalasPadam
  5. Loyang saiz apa yg puan Azie gunakan.

    BalasPadam
  6. Saya dh cuba, tp bahagian bwh xnak beku, kenapa ya..saya xtaw silap kt mn..

    BalasPadam
  7. Saya baru buat hari ni.ats pmintaan suami.. Alhamdulillah otama kali mcuba terus jadi.. Encik suami pun suka sgt..

    BalasPadam
  8. Saya cuba resipi ni semalam and followed it almost the the T except that I reduced sugar by just 10 grams and added just a bit more salt to the coconut cream. Ahli keluarga yang tak minat kuih ini pun suka dan kata sedap, الحمد لله. Terima kasih kongsi resipi ni, Puan Azie! Semoga Puan dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu.

    BalasPadam