Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jemput jemput Pisang Sedap

 Jemput Pisang Sedap


Jemput jemput pisang juga dikenali sebagai cekodok pisang adalah makanan hidangan petang yang menjadi kegemaran masyarakat kita. Walaupun begitu, jarang saya membuatnya kerana selalu tidak mempunyai bekalan pisang. Hanya baru baru ini saya terbaca tips untuk menyimpan pisang bagi kegunaan masa masa depan.  Jadi pisang boleh disimpan lama dan sentiasa ada untuk dibuat kek atau kuih muih lain yang menggunakan pisang sebagai bahan utamanya. 


Jemput Pisang Sedap

Petua untuk menjadikan jemput jemput pisang lebih sedap adalah dengan mengisar pisang lenyek dengan gula terlebih dahulu sebelum dimasukkan bahan lain.  Lepas itu ditutup dan dibiarkan dahulu beberapa minit sebelum digoreng. Lagi lama lagi sedap.

Jomlah kita tengok resepi yang saya gunakan dan gambar gambarnya. Memang best dimakan panas panas, dengan kopi O Tenom ke?  Bukan apa, ada orang berjanji nak bawa balik kopi tenom. Itu yang teringat kopi tenom tu. Jom layannnn...  


Jemput Pisang Sedap

Jemput Pisang Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan - bahan:
12 biji pisang emas
1/2 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1  sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng
1 biji telur (jika suka)

Cara Memasak:
Pisang dilenyek sehingga halus kemudian kisar dengan gula hingga sebati. Lepas itu masukkan kesemua bahan di atas kecuali minyak.

Perapkan selama 20 minit kemudian panaskan minyak utk menggoreng.  Jika suka boleh masukkan daun pandan dalam minyak sehingga garing dan dikeluarkan sebelum menggoreng. 

Bentukkan bulat2 menggunakan sudu (sudu perlu dipanaskan dalam minyak dulu) dan goreng terendam dengan api sederhana sehingga menjadi perang Sedia untuk dihidangkan ...


Jemput Pisang Sedap

Jemput Pisang Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Jemput jemput Pisang Sedap"