Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Kawah Daging Kelantan




Gulai Kawah Daging Kelantan


Semasa balik untuk majlis kenduri kawin anak saudara di kampung, saya memang mengambil usaha untuk melihat sendiri bagaimana gulai kawah Kelantan disediakan langkah demi langkah sehingga gulai masak dan siap untuk dihidangkan. Ini adalah kerana saya merasa pelik bila gulai kawah yang dimasak oleh orang Kelantan yang berniaga di KL tidak memberi rasa yang sama dengan gulai kawah yang disediakan semasa kenduri kawin di Kelantan.

Yang pasti, rempah gulai kawah mestilah menggunakan rempah yang diimport dari Kelantan yang dijual di kedai kedai runcit dalam guni besar. Kita cuma perlu memberitahu, berapa kilo daging atau berapa ekor ayam, kambing atau lembu yang ingin dimasak. Mereka akan menyukat secukupnya rempah rempah tersebut dengan mencampur segala rempah ratus yang perlu.



Gulai Kawah Daging Kelantan


Walaupun namanya gulai kawah, sekarang ramai yang memasak menggunakan periuk besar sahaja.  Tidak lagi menggunakan kawah. Jika menggunakan kawah, warna gulai kawah akan lebih gelap.  Tapi apa pun rasa bagi gulai kawah adalah sama sahaja samada menggunakan periuk besar atau menggunakan kawah.

Jom kita tengok resepi dan cara cara penyediaannya. Jom kita...




Gulai Kawah Daging Kelantan

Gulai Kawah Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg Daging (campur bahagian lemak, organ dalaman, tulang rusuk dll)
4 ulas bawang merah (hiris)
Santan
Garam dan gula
Gula melaka
Asam jawa secukupnya

Bahan menumis
8 bawang merah (hiris)
4 ulas bawan putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
2 - 3 sudu besar rempah gulai kawah
Kayu manis, bunga lawang, pelaga secukupnya.

  
Penyediaan bahan penumis:
Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah penumis iaitu kayu manis, bunga lawang, pelaga dan tumis bawang dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan rempah yang dibancuh dg sedikit air. Goreng lama lama sehingga betul betul garing dengan api perlahan. Ketepikan. Biasanya kalau untuk majlis kenduri, rempah akan ditumis malam sebelumnya bagi mempercepatkan kerja memasak keesokannya kerana proses menumis rempah memakan masa yang lama.

Penyediaan gulai:
Masukkan daging dalam periuk dan masak dengan sedikit air sehingga air agak kering dan daging agak empuk. Masukkan rempah gulai yang sudah ditumis dan digaul rata. Biarkan sehingga mesra. Masukkan bawang yang dihiris.

Tuangkan santan. Masak lagi sehingga santan menggelegak.  Masukkan gula melaka, air asam jawa, gula dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat.

Gulai kawah di Kelantan bertambah sedap jika dimasukkan sekali bersama mumban nyior yang didapati dari kelapa muda.


Masakkan daging hingga air agak kering

Gulai Kawah Daging Kelantan
daging dicampur mumban nyior

Gulai Kawah Daging Kelantan
rempah yang ditumis bersama bawang dan halia

Gulai Kawah Daging Kelantan
masukkan rempah yang telah ditumis

masukkan bawang merah hiris

Tuang santan bila daging hampir empuk


masukkan sedikit gula melaka, bukan semua ni tau

Tuang air asam jawa


Garam

masukkan gula


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

42 ulasan for "Gulai Kawah Daging Kelantan"

  1. Nok balik try pasni. terimo kasih banyok share the info

    BalasPadam
  2. Mmg sedap! Saya first time mkn gulai kawah ni masa hari kenduri kawen saya kat kg suami.... Sampai hari ni teringat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap ni terutama yg dimasak oleh tukang masak Kelantan. Ada pulak mumban nyior. Aduh meleleh air liur jadinya

      Padam
  3. Mmg sedap.... Saya first time rasa gulai kawah ni masa kenduri kawen saya kat sebelah suami ....sedap sampai hari ni teringat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ianya tak sama dg gulai kawah kat tempat lain. Rempahnya yg special

      Padam
  4. tengah cari resepi2 gulai kawah, dok selongkar dapur ni, takpe ye, hehehehe...

    BalasPadam
  5. Mana nk dpt rempah gulai kawah yg pure mcm kat ats tu..ada di pasaran ke? Thanks for the recipe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg ori, ada dijual di Kelantan. Tk pasti klu ada dijual di sini.

      Padam
  6. salam.. boleh tanya? cara 'raja berangkat' tu cam ner? boleh ajar saya dak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak pernah membuatnya. Ikut jer cara di atas, memang sedap, inilah cara gulai kawah sebenar di Kelantan

      Padam
    2. Setau saya klu raja berangkat ni, dia xtumis ..tp dia campak semua rempah, bawang sume, masak skali dgn daging, dlm kawah. dia biar merenih dgn santan cair smpaila daging tu empuk dan santan pecah minyak barulah dia masukkn santan pekat dan garam gula..mmg sedap..suami sy org kampung pasir putih di klantan..tiap kali ade knduri sy mkn xigt dubia,selain umbut kelapa tu,dia bubuh jgk buah ara..atau buah tin malaysia.alahai..sedapnye

      Padam
  7. Saya rasa mumban nyior tu umbut kelapa. Saya rasa mumban sepatutnya umban-nak dapatnya kenalah tebang pokok kelapa. Boleh diganti dengan umbut pisang (di Kelantan di panggil Rias Pisang) atau rebung madu.Tapi cara tradional ni tidak patut diubah suai sebagai warisan turun temurun masyarakat Kelantan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan umbut kelapa. Mumban diambil dai buah kelapa muda jer. Tak payah tebang pokok kelapa. Umbut yg perlu ditebang

      Padam
  8. Salam kenal azie, daging tgh rebus tp x sure resipi, google terus jumpe blog azie.. wallahhh.. gulai kawah kelantan asli lah lunch hari nih, thx azie..

    BalasPadam
  9. mane nak dapat rempah gulai kawah tu kak???
    tetiba cam nak buat sendiri

    BalasPadam
  10. Terliur la ni ...da dpt resepi rase na buat .. kebetulan rempah pun ade ni br sampai dr kelate....

    BalasPadam
  11. kak..meme sedap. terima kasih deh!

    BalasPadam
  12. Akak jual la senang rempah tu..hihi..x tau nk dptkn mcm maana...kltn jauh. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau balik Kelantan, blh saya tolong belikan.

      Padam
  13. Term ksih k.azie..wpun sy org kelntn..s hy sdiri xpndai no just..tq smua resepi k.azie.byk mbantu sy yg bru2 no blur msk no..hih😃

    BalasPadam
  14. Ya allah...sedapp nya gulai kawah klate nie..sy suko makey umbuk nyoir..sedap sgt mkn dgn gulai kawah +nasi putih dgn smbal tomato...kat KL nir mana nk dptkan rempah gulai kawah yer akak?

    BalasPadam
  15. Gulai kawah ni memang sedap.tambah pulak dgn mumbang nyiur..pergghh memang kecur dibuatnya..

    Kalau belah Kelantan yang ori adalah dari Bachok atau Beris..bezanya diorang letak mumbang nyiur..
    Org Bachok/Beris je yg betul2 tahu masak cara mereka.
    Jadi kalau nak rasa yg versi Kelantan punya, silalah bertandang ke majlis kenduri di area Bachok..

    Kalau ade yang nak beli rempah gulai kawah yang ori dari Bachok Kelantan, boleh beli online disini.

    rasatimur.lelong.com.my

    Dari verified seller lelong.com.my

    BalasPadam
  16. Saye memang suka gulai kawah...nie sedap die...dahsyat,saye makan pon kat kedai....je,belum pernah lg rase ori gulai kawah pure kelantan...tp insyaalh..saye akan cuba masak sampai sedap...tnks azie sebab kongsi resepi

    BalasPadam
  17. Saya memang suka gulai kawah terutama organ/lemak yang timbul tu...

    BalasPadam
  18. Air asam jawa byk mana utk 1kg daging? 1cawan kecil ke?
    Gula melaka masukkn separuh @ 1 bulatan utk 1kg daging?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk sikit sikit dulu dan rasa lah.

      Padam
  19. Wow .. tenguk gambar pun dak melilih air liur dibuatnye, tp kat sini I tak pernah come accross rempah gulai kawah ni. Nyway nk share klu rebus atau msk daging jgn terus letak garam pada awal2 nye.Pabila daging tu dah agak2 nak empok baru letak garam klu letak awal2 alamat berjam2 lah waktu masaknye. Tq, just to share and happy cooking!

    BalasPadam
  20. Untuk sedap lagi tambah budu dalam gulai tu..

    BalasPadam
  21. Masa tumis guna bawang merah
    Pastu bila nk gaulkan rempah yg siap ditunis dgn daging
    Masukkan hirisan bawang merah pulakan ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, tengok gambar. Ini cara knduri kawin. Cuba google yang saya masak di rumah. Google gulai kawah azie kitchen. Pasti jumpa

      Padam
  22. Kak azie.. nama gapo rempah tu?? Nk g cari ni..

    BalasPadam
  23. Nk try buat. Bakal besan ada bg rempah gulai kawah setengah kilo ni.mmg dia tukang masak kt kenduri kawin ..

    BalasPadam
  24. kalau cde rempah gulai kawah, ada x altenatif lain?guna rempah kari or ape rempah yang sesuai utk ganti?

    BalasPadam
  25. AsSalamualaikum kak azie sy tgh mncari rempah gulai kawah akak ada no jurujual dia x??

    BalasPadam
  26. Saya rasa salah satu resepi utama ialah kerisik.. kalau kita tengok rempah yang ditumis pun jelas nampak kerisik.. penyediaan kerisik sangat rumit iaitu kelapa parut akan digoreng sampai garing.. kemudian ditumbuk sampai naik minyak..

    BalasPadam
  27. Salam mana saya nk dpt rempah gulaik jawab yea..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. saya beli di Kelantan.Boleh cuba cari di shopee

      Padam