Ayam Masak Kuzi Kelantan Yang Sangat Sedap
Semalam saya sekali lagi memasak Ayam Masak Kuzi yang pernah saya masak dulu. Kiranya ini adalah entri ulangan lah. Kuzi ni adalah masakan istimewa orang Kelantan yang dimasak hanya pada hari hari tertentu kerana agak reme untuk membuatnya.
Saya tak suka untuk selalu selalu membuat kuzi kerana ianya amat berlemak dan tentunya kandungan kolesterol juga tinggi dan tidak bagus untuk diet saya. Apa lagi saya akan makan dengan banyak bila sesuatu makanan adalah sesuatu yang digemari.
Saya menjemput beberapa orang kawan untuk singgah bagi jamuan petang di rumah kami. Pagi tadi team dari majalah MIDI datang saat saya sedang sibuk dan dapur saya sedang berterabur mess kerana sedang menggoreng bahan bahan untuk memasak kuzi.
Ayam masak Kuzi ini saya gandingkan dengan roti jala dan juga roti biasa sahaja. Kalau nak makan dengan nasi putih pun boleh juga. Tapi kalau makan dengan nasi putih, kenalah ada lauk pauk lain juga.
Saya tak suka untuk selalu selalu membuat kuzi kerana ianya amat berlemak dan tentunya kandungan kolesterol juga tinggi dan tidak bagus untuk diet saya. Apa lagi saya akan makan dengan banyak bila sesuatu makanan adalah sesuatu yang digemari.
Saya menjemput beberapa orang kawan untuk singgah bagi jamuan petang di rumah kami. Pagi tadi team dari majalah MIDI datang saat saya sedang sibuk dan dapur saya sedang berterabur mess kerana sedang menggoreng bahan bahan untuk memasak kuzi.
Ayam masak Kuzi ini saya gandingkan dengan roti jala dan juga roti biasa sahaja. Kalau nak makan dengan nasi putih pun boleh juga. Tapi kalau makan dengan nasi putih, kenalah ada lauk pauk lain juga.
Jom kita tengok resepinya di bawah. Jom layannn....
Kuzi Ayam Kelantan
Bahan bahan
Ayam potong 12
Bahan perap ayam:
Saffron
Halia
Bawang putih
Garam
Potong kiub dan goreng:
Hempedal ayam
Hati ayam - (rebus dulu), kalau suka
2 biji bawang besar
Bahan goreng:
15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang
Bahan tumis:
6 bawang merah - blend
4 bawang putih - blend
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak (campur minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte
Cara cara:
Panaskan minyak. goreng bawang merah hiris, tos. goreng bawang besar hingga kuning, tos. goreng badam hingga kuning, tos. goreng kismis, tos. goreng hempedal ayam, tos. Akhir sekali goreng ayam separuh masak.
Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau. Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dg air. Goreng hingga wangi. Masukkan air, susu cair, sos tomato, kacau rata.
Masukkan bahan goreng yang lain spt ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, hempedal, bawang besar goreng dsb. masukkan gula dan garam. Masak hingga agak pekat.
Sedap dimakan dg roti jala, nasi minyak dsb.
bawang putih dan bawang merah utk menumis |
antara bahan bahan diperlukan |
ayam diperap dg bawang putih, halia dan garam |
lagi bahan bahan diperlukan |
bawang merah hiris dan bawang besar potong dadu |
bancuh rempah kuzi dg sedikit air |
goreng bawang hiris sehingga garing |
bawang goreng ditumbuk sehingga lumat |
hirisan badam dioreng hingga kekuningan |
kismis digoreng |
bawang besar, badam dan kismis yg telah digoreng |
hati dan mempedal yg telah dipotong dadu dan digoreng |
akhir sekali goreng ayam separuh masak |
tumis bahan tumbuk hingga wangi |
masukkan rempah kuzi |
masukkan sedikit air |
tuang 1 tin susu cair |
masukkan 1 botol sos tomato, jenama del monte tau ... |
masukkan hati dan mempedal |
masukkan bawang besar, badam dan kismis |
kacau rata |
masukkan ayam goreng |
masukkan bawang goreng yg ditumbuk, garam dan gula |
masak sehingga pekat |
Ya Allah ..nampak menyelerakan..ni keno cubo ni..sayo minat benar masoke ni..dulu arwah mok behi buat..tp nok tanyo safron tu perap sekali gan aye ko
BalasPadamWS, ini betul betul resepi kuzi Kelantan
Padamkak azie, mana nak beli sos montel tu..saya kt KL ni
PadamHi Kak Azie, saya dah try resipi kuzi ni. Mmg best!! Thanks for sharing :-)
BalasPadamAireen, kuzi ni masakan istimewa orang Kelantan.
Padamsedapnya..kak azie..best..bila nk cuba pun tak tahu la
BalasPadamEe, cubalah sedap ni. Kalau nak beli saffron, kami ada menjualnya
PadamSalam...
BalasPadamkalu xder rempah kuzi mcm mana?
Salam..ada jual saffron?
BalasPadamBoleh email ke azieshoppe@hotmail.com
Padamsalam..sis,ade jual ke rempah kuzi?
PadamSaya beli rempah yg penyanyi Nora jual
PadamSis Nora ade jual online ke?teringin nak masak kuzi ;)
BalasPadamDulu kami pergi ke kedai dia. Di Kelantan, byk dijual rempah kuzi.
Padamsalam k. azie, sedapnye kuzi. tapi kat mane nk dapat rempah kuzi tu.
BalasPadamhttp://sitirasyidahrazali.blogspot.com/
Cari tomato del monte takde. Mana nak cari.
BalasPadamAda banyak jer di supermarket
PadamTq...atas resepi yg dikongsikan. Sy pasti cuba. Bahan semua dah ada...tunggu ms shj.
BalasPadamTerima kasih...
BalasPadamSeriously sebijik mcm resepi yg ayah sy warisi. Right down to brand sos tomato pon wajib yg tu. Hehe
BalasPadamAssalamualaikum.Kalau kuzi tak masuk safron boleh ke?
BalasPadamsaya orang johor... tp laki org kelantan, baru je belajar masak kuzi dengan mak mertua saya... resipi sebijik macm kak azie punyer resipi.... sdp sgttt..tapi klau guna sos cap lain kene tambah separuh botol lagi... hr tuh saya guna sos cap maggi..kurang masam walau dah guna sebotol...
BalasPadammasyaallah inilah chef yg profesional , tunjuk satu persatu siap poto lagi ...alhamdulillah.
BalasPadambaru pertama kali google resipi kuzi insyaallah akan cuba cik puan azie.
Sebenarnya selain tomato sos, perlu juga tomato puri
BalasPadamSalam K. Azie. Saya telah mencuba masakan kuiz ini mengikut resepi ini. Berjaya sepertimana arwah ibu saya memasaknya. Tp resepi ibu lebih sedap. Saya rasa bangga dapat masakan kuzi ini untuk abah saya kerana semenjak ketiadaan ibu, ayah tidak lagi dapat menikmati kuzi sesedap itu. Bila saya hidangkan kuzi ini, ayah kata sedap . Boleh cuba lagi untuk polish bakat. Tq K. Azie
BalasPadamAssalam rempah ayam kuzi jenama apa yg baik
BalasPadamWslm. Saya beli di Kelantan. Tak ada jenama. Ikut brp kita mahu, mereka akan sukat dan timbang.
PadamEven sy family org kelantan.. mak sy pun xpernah masak kuzi ni... sbb kita org kampung kots.. dah tua bangka nie baru pandai buat guna resepi kak azie.. dh byk kali try.. n dia mmg superbbbbss.. tq kak atas ilmu.. semoga Allah membalas segalanya..
BalasPadamArwah Bonda pun tk pernah memasak lauk kuzi. Ianya masakan istimewa orang orang bandar. Bila kakak dah besar, kakak memasak lauk kuzi. Barulah dpt merasa.
PadamMaaf nk tnya saffron tu cmner yer??
BalasPadamini resipi yg paling lengkap. yg lain kebanyakkannye tak ikut resipi kuzi yg betul. cuma bawang goreng tu biase guna bawang besar bukan bwg merah kecil. siapa yg tak cuba resipi ni memang rugilah. terbaik
BalasPadamresipi kuzi yg terbaik. byk yg post resipi kuzi tp tak ikut yg asal. cuma bawang goreng guna bawang besar. rugi siapa tak cuba resipi nih. terbaik
BalasPadamResepi ni kalau nak tukar dengan daging macam mana ye? Ada bahan kena tambah atau kena kurang?
BalasPadamSaya dah buat masa raya hari tu. Tapi guna daging.saya olah sikit2 cara masak tu. Guna rempah kuzi cap jam. Rempah dia hitam x macam rempah yang puan azie guna. Alhamdulillah sedap. Dapat pujian lahπππ
BalasPadamBetul. Saya guna rempah cap jam pun jadi hitam sangat.
PadamMeme sedap Kalu kelantan byk jenis rempah kuzi .buleh try yg Mana Mana cuma bezanya Cara Kita buat.utk kambing pun Ada tu lagi sedap...
BalasPadamTakde masuk cili ye kak?
BalasPadam