Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut

Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut

Kuih onde onde ini adalah antara kuih yang saya biasa menengok Bonda saya sediakan sejak saya kecil lagi terutama di bulan Ramadhan. Pada waktu itu, setiap kali mahu membuat kuih saya akan ditugaskan untuk mengisar beras pulut dengan batu pengisar besar. Masukkan sesudu beras atau beras pulut dan pusing batu tu perlahan lahan hingga keluar tepung yang dikisar ke dalam kain penapis. Air itu akan disejat hingga tinggal tepung yang akan digunakan untuk membuat kuih. 

Kadang kadang bila saya jemu dan malas mula melanda, saya tuang air banyak banyak. Jadi proses mengisar cepat dan laju tapi tepung yang keluar tidak halus. Nanti bising lah Bonda. Bukan apa, berat tau pengisar tu. Setengah jam belum tentu siap. Miss lah acara nak bermain pondok pondok. hahaha masih main pondok pondok masa tu. Kalau tak main pondok pun, saya akan merayap ke dalam hutan mencari telur burung atau menjolok kumbang atas pokok untuk dibuat mainan.

Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut

Begitu lah susahnya zaman dulu untuk membuat kuih muih bukan macam sekarang beli aje tepung beras atau tepung pulut dan bancuh dengan air dan siaaapp.  Bila dah bekerja di KL, barulah tahu yang kuih ini dipanggil kuih buah Melaka kerana menggunakan gula Melaka agaknya. Kami panggil gula Melaka tu sebagai nnisse jer yang dibuat dari nira kelapa dan dimasak di dalam kawah hingga pekat dan dimasukkan dalam acuan. 

Masa saya kecil, jiran belakang rumah yang saya kenali sebagai Wak Mejah mrmsnh mengusahakan pembuatan gula Melaka untuk dijual. Selepas dia siap, kami akan mengendeng untuk mendapatkan sisa gula Melaka di kawah yang telah garing. Maklum zaman dulu, mana ada coklat. Itu dah jadi macam coklat dan manisan untuk budak kampung macam saya. 

Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut

Berbalik pada resepi ini, saya memasak kuih onde onde pagi pagi hari sempena cuti Deepavali, jadi sambil sambil berehat di rumah, boleh lah menikmati kuih onde onde dengan air teh TWG. Lagi pulak, abang Zali dan kakak ipar ada di rumah, kami makan kuih onde onde ini sebagai sarapan pagi juga. 

Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya...

Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut

Kuih Onde Onde aka Buah Melaka

Bahan-Bahan: 
4 sudu besar tepung pulut 
1 sudu besar tepung beras
5 helai daun pandan - kisar dengan air dan ambil jus secukupnya
Gula melaka - potong kecil
1/2 biji kelapa muda parut - ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut
Sedikit air kapur 


Cara cara: 
Bancuh tepung pulut dan tepung beras dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.

Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Saya tak suka rasa gula Melaka yang berbiji semasa mengunyahnya. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.  

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan yang dicarik dalam air rebusan supaya wangi.

Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.

Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan kuih di atas kelapa tadi sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan. Nota: Kepala parut ditekan tekan sedikit dengan sudu supaya rata. Jadi ianya lebih cantik.

Nota: Resepi asal Bonda saya ialah menggunakan hanya tepung beras pulut. Tapi untuk menghasilkan kuih onde onde yang lembut, diubahsuai resepi dengan dicampur tepung beras.

Jom layan gambar gambar di bawah ini...

sedikit air kapur


air daun pandan


Tepung beras pulut


kelapa campur sedikit garam


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
gula melaka yg dipotong


gula nisse klate


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
Bulatkan adunan sebesar biji guli


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
leperkan


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
apalagi? masukkan la nisse tadi




Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
masukkan dlm air yg mendidih


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
tengok ... yg timbul tu tandanya dah masak


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
dah boleh ditos keluar


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
golek golekkan dalam kelapa parut


Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut
siap dihidangkan
  
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

52 ulasan for "Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut"

  1. isteri aku suruh cari resepi ni hahahaha
    makasih,nanti tray masak kuih ni

    BalasPadam
  2. Assalam...akhirnya dpt jugak cari resepi ore kalte...nanti nk tyr buat onde2..hehheh..selamat berpuasa ya...

    BalasPadam
  3. Sedapnya...lama dh x mkn..leh la buat nnt

    BalasPadam
  4. Sedap..tq tuk resepi ni...

    BalasPadam
  5. wow teh TWG. kelazzzzz. TQ for the recipe. now i know how to make kuih ni. senang jer rupanya. rasa fedup/tertipu bila beli kat PaRam yg mcm harammm coz tepung lebih gula melaka nye langsung tak rasa. better buat sendiri dari beli.

    BalasPadam
  6. assalamu'alaikum aunty...kalau kite tak letak kapur langsung boleh tak?

    BalasPadam
  7. Sis kalo xde air kapur camne? Ade option lain?dok obersea xjmp kapo😑

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh campur dgn tepung gandum

      Padam
    2. Boleh cuba campur dg tepung gandum. Resepi asal memang hanya menggunakan tepung pulut.

      Padam
  8. senang nampak nya resepi nih...

    =)

    BalasPadam
  9. Air kapur tu kapur yg orang makan ngn sireh tu Ker?

    BalasPadam
  10. as salam...
    senang betul nampaknya buat kuih buah melaka ni.
    saya pun tak suka kalau gula dalam buah melaka ni tak betul2 cair masa makan tu.

    insya allah.. nak try buat berbuka petang ni.

    anyway, Tq for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa semacam jer bila mengigit gula Melaka kan.

      Padam
  11. Terima kasih kongsi resepi ni :D

    BalasPadam
  12. Boleh tak guna teping beras daripada tepung pulut?

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. Bagi kenyal kenya sikit. Tak letak pun, tak apa

      Padam
  14. Assalamualaikum kak..sy sentiasa follow resepi akak dan sgt menjadi. Sedappp....tqvm kak..minta halal yer...

    BalasPadam
  15. Memang senang jekk bt...
    Share ye kak

    BalasPadam
  16. nak try buat esok. yeay!

    BalasPadam
  17. Saya suka amik resepi awak Azie, best sebab jadi hehehe. Semoga jadi amal jariah buat kamu :*

    BalasPadam
  18. Minta copy resepi ya cik Azie sdapppp lh pulok tgok onde2

    BalasPadam
  19. i toray tp tepung jd cair bla d rebus..helpp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis guna tepung apa. Cuba tengok step bergambar dlm blog saya.

      Padam
  20. Saya sentiasa follow azie punya blog..sama feberet..mskan klntan..senang nk ikut dan sedap rasanya..ptg ni mmg nk buat teri mandi dan kuih onde2.

    BalasPadam
  21. Blh tak sy share resepi sy... 4 sudu tepung pulut 1 sudu tepung beras bahan ln sama dgn kakzie. Onde2 jd lembut dan sedap

    BalasPadam
  22. Blh tak sy share resepi sy... 4 sudu tepung pulut 1 sudu tepung beras bahan ln sama dgn kakzie. Onde2 jd lembut dan sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih share. Bulan Ramadhan boleh buat kuih ni

      Padam
    2. Kalau guna resipi ni dapat brp banyak buah melaka eh?

      Hanna

      Padam
  23. Sedap sis sya dh try buatdh tq yea resepi...

    BalasPadam
  24. Nak try buat resepi nilah...anak2 nak makan kuih onde2 katanya...tk berkongsi resepi.

    Jemput ke blog saya
    http://www.mamavitashoppe.wordpress.com

    BalasPadam
  25. Tq sudi share resepi kuih ni,,suke sngt😍😍👍🏻

    BalasPadam
  26. tqvm Kak Azie...saya suka resipi akak semua jadi...anak2 suka...xpandai pun boleh jadi :)

    BalasPadam
  27. Tq share,,dh tray buat menjadi jew..sedap lembut je bile kunyah..

    BalasPadam
  28. Thanks Azie for the resepi sedap.

    BalasPadam
  29. Guna sudu? Hmm..maaf saya tak faham resipi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya guna sudu. Nak tekan kelapa pakai apa pun boleh. Asal rata. Jadi bila diletak ondeh ondeh, digerak gerak pinggan, kuih akan bersalut kemas.

      Padam
  30. salam sis azie nk confirm,, sukatan tpg pulut tu 4 sudu atau 4cwn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Jika nak buat banyak, bolehlah digandakan. Yang penting doh yang terhasil tidak melekat di tangan.

      Padam
  31. Salam kak azie... Tq atas resepi2 akak...nk tnya utk resepi ne.. Anggaran berapa bnyak biji dapat ye...tq

    BalasPadam
  32. sis, bahan bahan di atas anggaran berapa biji ye dpt

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum kak azie.. boleh tunjukkan tak jenis tepung beras tu.. macam mana beras pulut n macam mana tepung beras.. tunjukkan plastik dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. pergi kedai jer, minta tepung beras dan tepung beras pulut. ada tulis di plastik tu.

      Padam
  34. First time belajar memasak dulu..sy google.. Sy suka ambil resepi dr page akak.. Sbb senang faham 😊tq kak byk share resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pon sama jugasaya suka ambik resepi dari puan.Saya suka makan kuih buah melaka ni.Kecik2 dah pandai masak😊

      Padam
  35. As-salamu-'alai-kum. Kami di Johor x samakan onde-onde dgn kuih buah Melaka, sebab keduanya berbeza. Yg Azie tunjukkan ni kuih buah Melaka. Onde-onde

    BalasPadam