Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Gula Hangus


Kek Gula Hangus Azie Kitchen



Sebenarnya kek gula hangus yang dulu saya panggil kek sponge masa saya kecil kecil adalah antara kek pertama yang saya masak semasa saya mula belajar membuat kek. Masa tu saya berada dalam darjah enam. 

Dulu saya menyimpan duit sendiri untuk membeli bahan membuat kek dan membakarnya pula menggunakan sabut kelapa yang dibakar di atas tudung periuk. Kek ini adalah kek kegemaran saya. Saya masih menyimpan resepinya di dalam buku resepi saya sejak zaman kanak kanak. 

Tapi untuk membuat kek hari ini, saya menjenguk jenguk resepi kek gula hangus yang terdapat di dalam internet. Tak salah membuat perubahan kerana zaman dulu, saya menggunakan resepi yang terdapat dalam majalah tapi kini resepi yang dikongsi oleh kita semua.



Kek Gula Hangus Azie Kitchen
 

Kek Gula Hangus Azie Kitchen

   Kek Gula Hangus Azie Kitchen



Seingat saya, sejak berkahwin saya tidak pernah lagi membuat kek ini kerana di KL, banyak terjual, kalau sekadar untuk makan seketul dua, beli lagi untung. Tapi kerana saya ingin menyediakan kuih muih untuk hidangan semasa cuti Deepavali, teruja la untuk membuatnya. Berbalik pada resepi internet, masa saya membuatnya dulu, tak ada peram peram ni semua tapi kini saya tengok ada peram beberapa jam. Jadi saya cuba peram adunan untuk melihat sendiri kelainannya.

Saya sangat berpuas hati dengan kek yang dihasilkan, sangat fluffy, secukup rasa kemanisannya dan sangat sedap. Cuba la masakkan kek ini untuk dihidangkan pada keluarga  tersayang, pasti mereka menggemarinya. 

Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya ...



Kek Gula Hangus Azie Kitchen

Kek Gula Hangus
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
125 gm butter
5 biji telur 
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara cara:
Cairkan butter dan biarkan sejuk. Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.

Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.

Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus ke dalam adunan telur. Kacau hingga sebati dan tapiskan.

Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper. Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)

Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 minit atau sehingga masak.



ayak tepung gandum dg soda bikarbonat



butter yang dicairkan



susu pekat



Gula hangus



Telur dikacau dan dituang butter yang dicair



Masukkan tepung dan air gula hangus



Adunan yang ditapis diperam selama 3 jam

Kek Gula Hangus Azie Kitchen

Kek Gula Hangus Azie Kitchen


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

18 ulasan for "Kek Gula Hangus"

  1. salam. akk cantik sungguh kejadian kek ini..adunan diperam dlm peti sejuk atau biarkan disuhu bilik? saya dh byk kali buat tapi tak bersarang pun. (June Kajang)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peram di suhu bilik jer. Cuba lagi, jgn putus asa

      Padam
  2. Akak kalo peram lama dr mlm smpi pg..ok x..

    BalasPadam
  3. salam kak azie..saya nk tanya butter yang digunakan boleh gunakan sebarang butter ke? mcm butter cup ker...

    yatie

    BalasPadam
    Balasan
    1. {\rtf1\ansi\ansicpg1252
      {\fonttbl\f0\fnil\fcharset0 ArialMT;}
      {\colortbl;\red255\green255\blue255;\red34\green34\blue34;\red255\green255\blue255;}
      \deftab720
      \pard\pardeftab720\partightenfactor0

      \f0\fs26 \cf2 \cb3 \expnd0\expndtw0\kerning0
      \outl0\strokewidth0 \strokec2 Wslm. Buttercup bukan butter. Cuba dapatkan ori butter macam Anchor. Harganya memang lebih mahal dari buttercup. }

      Padam
    2. Wslm. Buttercup bukan butter. Cuba dapatkan ori butter macam Anchor. Harganya memang lebih mahal dari buttercup.

      Padam
    3. Buttercup bkn butter? Hbis Tu apa? Kalau cairkan butter trus lpas caramelkan gula ngan air xde masalahkn?

      Padam
    4. Buttercup bukan pure butter..pure butter biasanya lebih mahal sedikit..

      Padam
  4. Salam kak azie, Kalu guna oven kena guna api atas ke bawah.?

    BalasPadam
  5. Salam kak..suka blog akak..terima kasih mmg sllu ceduk resepi dr sini utk msk..kalau gn planta tu bleh ke kak?

    BalasPadam
  6. Kak azie,maksud akk peram tu biarkan shj selama beberapa jam ke atau perlu buat sesuatu .

    BalasPadam
  7. Salam kak azie. Sy dah ikut suhu n time utk bakar mcm yg kak tulis kat atas. Tp kek hangus. . Kena ikut saiz oven ke cmner tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Satu oven dg oven yg lain berbeza. Kalau kali pertama kena tunggu, kalau tasa dah terlebih kering tapi dalma belum masak, turunkan suhu. Kalau rasa dah masak, tutup oven wp belum cukup masa

      Padam
  8. As salam kak azie.. mmg kena peram dulu ke

    BalasPadam
  9. klu Perlu dlm 2jam jer blh Ker kak Azie??

    BalasPadam
  10. Kalau kukus boleh kn kak azie

    BalasPadam
  11. Salam .Kak azie gula 11/4 cawan?

    BalasPadam