Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan
Semasa ber bbm dengan geng geng Kolej Ketiga UM, saya tiba tiba rasa ingin balik memasak. Sebelum balik ke rumah, hubby singgah di kedai runcit untuk membeli bahan bahan untuk dibuat cucur udang. Sebaik masuk ke kedai, terpandang ikan tongkol putih dan ikan tongkol hitam.
Bertahun lamanya saya mencari ikan tongkol putih yang biasa dibuat lauk nasi dagang Terengganu. Ikan tongkol hitam pula yang digunakan untuk lauk nasi dagang Kelantan. Saya terus membeli seekor ikan tongkol putih. Hajat hati untuk direbus dan digoreng dengan bawang besar dan cili hidup keesokannya.
Ikan rebus goreng memang lauk kegemaran saya tapi ikan rebus tersebut mestilah dibiarkan sekurang kurangnya semalaman. Ikan direbus dengan asam keping dan garam yang agak banyak sehingga air rebusannya tinggal 1/4 sahaja.
Sesampai di rumah, hubby minta saya masak untuk makan malam anak anak. Jadi saya memutuskan untuk memasak gulai stail Kelantan. Ini adalah resepi gulai keluarga saya yang menjadi masakan gulai kami sejak dahulu.
Sejak kecil, resepi gulai ini lah yang saya pelajari dan yang saya masakkan. Namun sudah sekian lama, saya tidak memasak gulai ini. Kiranya gulai ini adalah gulai yang digunakan sebagai lauk nasi berlauk pagi di Kelantan.
Jika mahu dibuat nasi berlauk, makan dengan nasi putih, sambal cili dan ikan gulai serta timun atau kacang panjang tadi. Dibungkus pulak dengan berlapik daun pisang. Alahai sedapnya... Malam ni saya makan menambah nambah dan rasa bersalah kerana merosakkan diet saya ...
Bahan bahan:
Ikan (direbus dg garam dan asam keping)
7 - 8 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula
Santan secukupnya
Timun, kacang panjang atau cili hijau Kelantan (jika suka)
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula
Santan secukupnya
Timun, kacang panjang atau cili hijau Kelantan (jika suka)
Cara cara:
Ikan direbus dengan air, asam keping dan garam seperti gambar di bawah. Kesemua bahan di atas di blend. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu.
Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.
Ikan direbus dengan air, asam keping dan garam seperti gambar di bawah. Kesemua bahan di atas di blend. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu.
Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.
Asam keping keno blender sekali ko kak
BalasPadamTidak. asam keping tidak diblend
PadamCili kering tu blender tanpa rebus dulu ke sis?
PadamTidak semestinya cili kering direbus. Zaman dulu, saya hanya merendam dalam air panas untuk seketika. Ada kalanya saya hanya merendam sahaja cili kering dalam air sejuk dan di tos bersih.
Padamasam keping campak je ke dlm periuk skali dgn garam... tambah gula melaka(manisan) klu nk lagi sedap... ikan yg dah siap rebus, klu goreng pun sedap. 013-2526294 tq :)
BalasPadamOhh tak pernah pulak saya goreng ikan rebus ni utk gulai. Kalau goreng, memangutk dimakan goreng
PadamIkan rebus goreng sedap kak.. sangat sedap..
PadamBetoll22.. pahtu mkn ngn sambal lada.. oww sedapp..
PadamAri ni nak try masak lh...nak ikut resepi sis azie ni......
PadamKalau letak belacan dan kerisik lagi kaw sisters
PadamNk mencuba untuk menu berbuka hr ni...ten q kak...dam mohon resipi ni untuk rujukan...
BalasPadamtengah survey menu utk juadah bbuka gak nih..nmpak cam sempoi jer...bleh try nih :)
BalasPadamSalam perkenalan...
BalasPadamsaya suka betul layan blog akak.lg2 resepi nasi ayam paling sedap dgn gulai ikan tongkol kelantan...lama dah x makan lauk kelantan memandang kan saya merantau rata...skrg menetap di alor setar dan gulai dia sangat la berbeza dgn gulai kelantan...hehehe...ada kesempatan pasti saya akan cuba.
Kak..sy nak try buat gulai ni untuk breakfast esok...mintak2 mnjadi..heheeee
BalasPadamtq..tak tahu pulak kena rebus ikan dulu..padanlah buat selalu hanyir!...
BalasPadamRempah ros untuk apa pula yer?..resepi2 akak smemangnya saya ikut sebab suami org kelantan..yang penting..sedap!
BalasPadamRempah cap bunga Ros tu rempah yang biasa digunakan utk memasak nasi dagang Terengganu. Ianya boleh didapati di Terengganu.
PadamTerima kasih atas resepi gulai kuning..dok merantau negara orang pun, tekak Melayu Kelate, memang tak boleh ubah. Dah lama teringin nasi belauk, kena masak sendiri...kalau ada gerai sebelah rumah best gak. Berangan je la... Terima Kasih sekali lagi yek?
BalasPadamTak letak air ke kak?
BalasPadamSedapnyo..kite pun nak masok gulai ni jap lg..
BalasPadamNice sharing ♡♡♡♡
Sedap
BalasPadamI dah try
Xpayah ltk serai ye...lain dr yg lain ni..mesti cuba hehehe
BalasPadamhari ini nak buat menu berbuka gulai kelate hihihi...
BalasPadamkawe wat x jadi.
BalasPadamdan lapor perot..jadi belake
BalasPadamSedap nyer
BalasPadamSy dh cuba buat... mmg jadi... cuma terlebih rasa kunyit skit... sukatan ikan ngan santan xde.. jd sy pakai satu kotak terus... hahahha... trima kasih sudi share resepi
BalasPadamSy dh buat. Sedap
BalasPadamTeringin nak makan gulai ikan tongkol.tapi lengkuas plak tak de. Saya suka cari resepi dalam blog kak azie.
BalasPadamAssalam sis azie..saya dah mencuba resepi gulai ikan ini, ternyata memang sangat sedap dan menu ni dah menjadi salah satu menu faveret keluarga saya. Kebetulan saya memang dah lama mencari resepi gulai ikan tongkol versi kelantan, saya memang penggemar masakan kelantan, sebelum beli, tp sekarang bila teringin gulai ikan aya, sya dah boleh masak sendiri. T/ksh atas perkongsian..moga sis murah rezeki dan sentiasa sehat hendaknya..aaminnn
BalasPadamJambumanis5091
SODAP MMG SODAP GULAI KUNING IKAN AYA NI KAK OII.MAKANAN TRADISI KELATE DAN SAYA MMG ORG SANA TAPI LAMA DOK KL BEB.SEMOGA AKAK DIMURAHKAN REZEKI DAN KESEJAHTERAAN HIDUP WALAU DIMANA SHJ DAN TIMA KASIH ATAS SHARE RESIPI NI KAK OI.
BalasPadamSalam... sy musykil sikit bab merebus ikan... rebus sampai air kering ke?
BalasPadamAir rebusan yg tinggal bole masukkan skali ke?
TQ
Gulai ni X letak halia ya
BalasPadamTaak letak halia
PadamTak payah letak rempah darat ye kak?
BalasPadamSambal lada tu mcm mna ya kak?
BalasPadamTq share resepi nk try buat nie... nyum nyum
BalasPadamdah lm follow blog k.azie....smua resepi mjadi...senang..gulai ni pun sedaaappp...
BalasPadamKak klu x letak rempah bleh x
BalasPadamMmg boleh. Tp jadi tk cukup bahan dan rasa pasti berbeza
PadamSis sy nk tya.. Kalau guna cili gilin blh ker
BalasPadamGuna cili gilin blh ker sis
BalasPadamBoleh. Sebab cili kering tu pun akan dikisar juga
PadamSaya dah try ikut resepi ini.mmg sedap mcm mkn kat gerai makcik kelantan yg tukang masaknya org asal kelantan.dulu saya masak letak serai. Patut la tk sesedap resepi original.hehe. terima kasih kak azie
BalasPadamNama lain ini gulai lengkuas.
BalasPadamMesti kena ikan tOngkol putih ke?
BalasPadamTerbaik kak.. Sy follow dr 2009 lg resepi2 akak..dr bujang skrg dh kawin..resepi ptama sy cuba laksa penang..nyakut..
BalasPadamWadduh...enak bangat ya.makaseh ya mba..
BalasPadamterbaik...saya dah mencubanya...MMG xpyh pakai halia,dgn serai....pakai je lengkuas memang makan xcukup...xpyh la nk g kedai mek2 lagi......terima kasih kongsi resepinya...bawang putih on xpayah...
BalasPadamterima kasih share, nnt boleh cuba.
PadamSaya dh cuba dan mmg saya suka sangat. Alhamdulillah semua resepi yg saya cuba semuanye sedap. Thank you Auntie Azie
BalasPadamSy siap msk dh tp xingt ltk cili giling plk.. ltak last bleh ke sis azie?
BalasPadamBoleh cili ni bukan untuk pedas tapi untuk supaya kuahnya berwarna kemerahan sedikit. Untuk pedas, kita guna cili sebiji biji yang diletak dalam gulai.
Padam