Butter Cake
Butter Cake adalah kek kegemaran saya sejak dulu dan saya sentiasa ingin membuat kek butter yang moist dan lembut. Sehingga saya berjaya membuat kek butter yang lembab lagi sedap, saya akan terus mencuba resepi resepi yang ditemui.
Sempena cuti Deepavali esok, saya memasak kek butter sebaik sahaja sampai di rumah. Dengan tak disangka sangka, abang saya dari kampung mengunjungi rumah kami. Semasa saya membuat keputusan untuk memasaknya, saya langsung tak ingat yang mereka akan datang, jadi tepat sangat keputusan untuk membuat kek hari ini.
Boleh dijadikan hidangan kami. Kalau tidak, alamak saya lah yang kena menghabiskan kek ini kerana anak anak tidak berapa menggemari kek. Jom kita layan resepi yang saya salin dari internet ...

Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan
250 gm butter
250 gm gula halus
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan susu segar
Cara-cara
Pukul butter bersama gula sehingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu dan esen vanila sambil dipukul sebati.
Apabila sudah sebati masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit.
Akhir sekali masukkan susu segar dan gaul sebati. Masukkan adunan kek ke dalam acuan saiz 9 inci dan bakar padasuhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.

adunan gula dan butter setelah dimasukkan telur dan esen vanila |
masukkan tepung dan susu segar |
Sedang dimasak |
Taadaaa siap |
habis dimakan panas panas |
Butter cake yang berwarna warni |
Hai Azie,
BalasPadamButter cake ni lembab tak?
Saya lebih suka butter cake yg lain. Cuba tgk best ever butter cake ke. Atau rainbow cake pun moist
Padamdah cuba smlm. alhamdulillah sedap sgt. tksh atas pkongsian rezeki. dpt tambah koleksi resepi ringkas utk aktiviti masa lapang
BalasPadam