Apam Gula Hangus
Walaupun sampai rumah hari ini hampir pukul 8 malam, saya terus masuk ke dapur sebaik solat maghrib dengan tak sempat menyalin baju kerja. Semangat tengah berkobar ni untuk memasak apam terutama apam gula hangus yang saya jumpa resepinya semasa waktu makan tengahari tadi. Seperti biasa, saya jarang sekali keluar lunch.
Apa yang saya nak katakan berkenaan apam ini adalah sedap dan gebu sekali. Sangat sangat gebu, dua tiga ketul masuk mulut pun tak terasa. Hubby pun mencukai beberapa biji semasa saya sedang menyediakan teh O. Saya seronok kalau hubby dan anak anak suka makan masakan atau kuih yang saya masak.
Cuba lah kalau nak tahu bagaimana enaknya dan gebunya apam ini. Ya amfuuun, sedap bangat. Cuma bentuknya tu jer kena improve kerana mungkin terlebih masukkan adunan, bila mengembang dah terkeluar dari acuan. Jom, layan resepinya ...
Cuba lah kalau nak tahu bagaimana enaknya dan gebunya apam ini. Ya amfuuun, sedap bangat. Cuma bentuknya tu jer kena improve kerana mungkin terlebih masukkan adunan, bila mengembang dah terkeluar dari acuan. Jom, layan resepinya ...
Apam Gula Hangus
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Gula Hangus
Gula Hangus
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air dan disejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil. Kukus dlm 15 minit sahaja.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya.
salam
BalasPadamthanks bg resepi yg mudah dan sedap, anak-anak pun suka
Terima kasih kerana telah mencuba. Sedap di makan dengan teh O
Padamsalam..nak tanya,yg air sejuk nak masukkan lepas siap gula hangus tu berapa banyak ya?
BalasPadamAssalamua'laikum, azie. Nak tau berqapa byk air sejuk tu
PadamGuna 1 cawan air panas dan lepas tu sejukkan lah.
PadamDh try. ANAK suka..thanks for the resepi
BalasPadamMemang mudah Dan sedap..kena buat 2 @ 3 adunan next time baru puas anak-2 makan..
BalasPadamSedap
BalasPadamSedap.. Kena bt 2 adunan br rsa ok ckit.. 1 adunan xcukup. Thanks for the recipe.
BalasPadamTerima kasih. Baru nak cuba resepi ni
BalasPadamsedap...kena dua adunan, kalau tak mmg tak cukup.
BalasPadamtrima kasih share resepi..dh cuba..sedap..trima kasih puan
BalasPadamSalam..nk tnye..satu adunan tu blh dpt brpe biji ye?
BalasPadam1 adunan dpt brp yer
PadamAs Salam puan... kalau pakai acuan kecil brapa banyak adunan nak di tuang dlm tu...
BalasPadamWsalam..mintak maap ye..klu sy letak kurang suku dr acuan..sebab nti dh masak dia akn kembang keluar..
PadamTerima kasih sangat share resepi ni. I cuba hari ni dan memang gebu dan sungguh sedap. Nak serta kan gambar tak de option pulak. Anna
BalasPadamAssalamualaikum. Alhamdulillah. Terima kasih kerana shared resepi ni. Sudah mencuba dan sedapppp. Tak cukup 2-3 biji makan.
BalasPadamkuih kegemaran ..terima kasih kerana share resipi...
BalasPadamAssalamualaikum.. Kak azie. Kuih ni cik ash dah buat alhamdulilah menjadi hihihi.. Mintak kongsi dwkat blog resepi ni..
BalasPadamTrm ksh atas perkongsian yang..
BalasPadamThanks for sharing..
BalasPadamAssalamualaikum puan... Terima kasih kongsi resepi. Senang sangat nak buat, dan sedap sangat. Anak saya asyik ulang makan je.
BalasPadamAssalamualaikum puan... Terima kasih kongsi resepi. Senang sangat nak buat, dan sedap sangat. Anak saya asyik ulang makan je.
BalasPadamAssalamualikum saya nk tanya 1adunan dpt brp biji yer
BalasPadam