Rumah Terbuka Aidil Fitri dan House Warming Nur Qaseh
Sebelum berpindah, ramai yang bertanya bila mahu berpindah. Sejak berpindah pada bulan April, ramai yang bertanya bila nak diadakan house warming. Oleh kerana kami hanya mengadakan majlis tahlil kecil kecilan untuk jiran jiran terdekat sahaja sebelum ini, jadi kami masih owe kawan kawan dan jiran jiran dengan majlis House warming. Kesibukan urusan menghantar dan mengambil anak anak yang masih bersekolah di USJ menjadikan kami kesuntukan masa untuk memikirkan majlis, tambahan pula, puasa sudah hampir.
Kini tiada alasan lagi untuk kami menangguhkan majlis ini kerana Nana juga masih bercuti di sini. Hubby memilih 24 September sebagai tarikh rumah terbuka Nur Qaseh. Walaupun rumah kami belum disiapkan sepenuhnya dekorasi, tetapi kami harus realistik bahawa menghias rumah harus dibuat secara beransur ansur. apalagi kami tidak menggunakan khidmat mana mana Interior Designer.
Majlis dibahagikan kepada beberapa peringkat masa antara jiran jiran, alumni, rakan rakan sepejabat saya, rakan sepejabat suami dan kenalan kenalan lain. Ini adalah bagi memudahkan kami melayan tetamu dan mereka juga boleh bersembang sesama mereka sementara kita melayan tetamu lain juga.
Menu yang dipilih oleh suami adalah nasi arab berlauk kambing panggang, kambing kuzi, ayam roasted, sate, roti jala dan char kuew teow, selain kuih muih dan minuman panas dan sejuk. Beberapa buah khemah dipasang bagi mengelakkan masalah cuaca yang tidak menentu, seorang wireman juga on stand by dan security untuk mengawal lalu lintas.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua kawan kawan yang telah meluangkan masa untuk menghadiri majlis kami pada hari ini. Kami sangat menyanjungi nya ...
Terima kasih tidak terhingga kepada semua kawan kawan yang telah meluangkan masa untuk menghadiri majlis kami pada hari ini. Kami sangat menyanjungi nya ...
Jom kita layan layan gambar gambar yang diambil sekitar majlis ...jom layannnn
Kambing panggang |
Ais cendol |
Teh tarik dan teh bunga yang mendapat pujian ramai |
Karamel, pencuci mulut |
Bingka Labu made by Azie Kitchen |
Char Kuew teow special |
Sate kegemaran ramai |
Puding pelangi dari Azie Kitchen |
kek buah dari Azie Kitchen |
Kuih bakar |
Kuih seri muka |
Agar agar santan pandan dari Azie Kitchen |
Bingka labu dari Azie Kitchen |
Kuzi Kambing |
Sambal belacan utk yang berselera melayu |
Ayam panggang |
Acar timun |
Acar timun dan tomato utk nasi arab |
Roti jala |
Nasi arab |
Buah buahan |
Table setting VIP |
waiter yang membantu |
CEO yang sangat prihatin |
Kawan kawan yang memeriahkan majlis |
My hubby dan tetamu |
sedang melayan tetamu cilik |
bersama sahabat baik, Datin Faridah |
bersama tetamu dari Prudential Assurance |
bersama Khaty dan famili |
Datin Liza yang sentiasa glam |
bersama Roy dan famili |
bersama Datin Rozita dan Syida |
seronok dapat berjumpa lagi |
Kapten Rahman dan famili |
Geng geng ALUMNI Kolej Ketiga UM |
Catat Ulasan for "Rumah Terbuka Aidil Fitri dan House Warming Nur Qaseh"
Add your comment