Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Udang Istimewa



Mee Udang Istimewa Azie Kitchen




Pagi pagi lagi dah ke dapur, maklum dah lama tak masuk ke dapur kerana sibuk dengan kerja dan juga rumah terbuka di hujung minggu.  Rasa lama pulak, tak update my blog. Buka peti sejuk, tengok apa bahan yang boleh diguna untuk masakan pagi ini. Haaa tiba tiba teringat mee udang, apa kata dicuba mee udang sementara udang harimau masih banyak dalam peti sejuk...  apa lagi terus buka google cari resepi mee udang.  

Bila jumpa satu yang rasa mudah, saya pun mula memasak mee udang dengan mengubahsuai resepi ikut cara saya.. apa apa pun saya puashati kerana resepi ini menjadi dengan percubaan pertama jer...

Bercerita pasal mee udang ini, memang mee kesukaan saya. Kadang kadang kami ke Pulau Pinang hujung minggu semata mata untuk menikmati mee udang salwa di Teluk Kumbar. Sepanjang di sana, kami akan mengunjungi gerai mee udang beberapa kali dan last sekali sebelum balik KL, hmm siap bungkus bawa balik pun ada ...

OK jom kita layan gambar gambar dan resepi di bawah ...




Mee Udang Istimewa Azie Kitchen

Mee Udang  Istimewa
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah
1 biji ubi kentang
Garam, gula, serbuk perasa
sos tomato
sos cili
telur direbus
sawi celur
cili merah hiris
bawang goreng
daun bawang hiris



Cara cara:
Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.

Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.

Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.  Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. 

Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam, serbuk perasa. 
Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.

Sawi dicelur, mee kuning dicelur untuk mengelakkan iannya menjadi terlalu kembang jika dimasukkan semua sekali.
Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.


sawi dicelur


Telur dan cili merah


Bawang goreng


Mee kuning dicelur


Mee Udang Istimewa Azie Kitchen
Kuah mee udang


Mee Udang Istimewa Azie Kitchen
Kuah mee udang, baru timbul udang nyer


Mee Udang Istimewa Azie Kitchen
Bahan dan rencah






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Mee Udang Istimewa"

  1. Assalamualaikum kak azie.. sy selalu jenguk blog akk suka sngat dgn resepi akk. mohon share ya.. trima kash kak sudi berkongsi resepi :)

    BalasPadam
  2. Dah try mee ni..sedap..tq kak azie..sya selalu tgok blok k azie..tp..baru first time komen ni..mohon halalkan resepi yer..

    BalasPadam