Ikan Salmon Masak Asam Pedas
Ikan Salmon adalah antara ikan kegemaran saya kerana kandungan nutrisinya. Hari ini selepas selesai urusan dan tugas rasmi, saya singgah di Jaya Jusco One Utama. Saya terjumpa ikan ikan salmon yang telah dipack yang nampak sangat menarik dengan warna nya yang terang dan berlemak. Saya memilih bahagian tulang dan perut salmon yang memang lebih lemak dari bahagian lain.
Dalam perjalanan saya berkira kira apa yang nak dimasak untuk berbuka puasa, maklumlah dah pukul 6.15 masih berada di Sunway Giza. Saya perlu menyediakan satu juadah yang cepat disediakan. Tiba tiba teringatkan Masak Asam Pedas yang resepinya saya pelajari dari sahabat fb saya, Faziah. Beliau telah sudi memberikan resepi dengan sukatan sekali bagi memastikan saya berjaya menyediakan masak asam pedas yang kaw.
Resepi ini yang saya guna setiap kali memasak asam pedas di rumah kami dan ternyata, memang sedap. Jom layan gambar dan resepinya....
Masak Asam Pedas
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 senduk cili giling
Sebesar ibu jari belacan
1 bunga kantan dibelah
1 pelepah daun kari
Bendi - boleh celur berasingan, jika suka
1 sudu besar pes asam jawa adabi
Garam dan serbuk perasa
Cara cara:
Bawang bawang, halia dan belacan dikisar. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan cili giling. Bila naik minyak, masukkan daun kari dan bunga kantan.
Masukkan setengah blender air (agak agak). Masak hingga mendidih, masukkan ikan.dan asam jawa. Renih atas dapur dan masuk kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.
Jika terlebih masam, masuk air. Terlebih cair, masuk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.

Layannn |
Salam Azie. I masak asam pedas Salmon hari ni. Terliur tgk kat blog you ni. Asam jawa la pulak habis. Malas nak ke town. Letak asam keping je. Mesti krg ummph ni...
BalasPadamDuRa, boleh juga kerana tujuannya supaya kuah kita mempunyai rasa masam secukupnya, barulah rasa masam dan pedas.
PadamOk juga rasanya...anak2 n hubby pun suka.
PadamTerbaeerk lah
PadamSalam kak azie..slalu jew guna resepi kak azie..sdap n yg psti brjaya��.nak tau ikan 2 bpe kilo or bpe ekor utk bahan di atas
BalasPadamBlog kak azie menjadi inspirasi utk setiap mskn saya...setiap resepi mmg sgt terbaikkkk
BalasPadamResepi dr blog kak azie mmg ngam.. x perlu adjust byk :)
BalasPadamUtk yg cari salmon murah di kwsn klang valley boleh che FB/ig@i.sell.fish
TQ