Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Roti Pelangi

Puding Roti Pelangi Azie Kitchen

Semangat nak buat kuih muih tengah berkobar kobar ni. Hasrat hati nak mencuba semua resepi kuih muih tradisional yang menjadi juadah dan makanan kegemaran saya sewaktu kecil di kampung. 

Maklum membuat kuih kuih tradisional lebih mencabar berbanding kuih moden. Lagi pulak, kita kena sentiasa menghidupkan kemeriahan kuih kuih tradisional di kalangan ahli keluarga supaya ianya dapat diwarisi turun temurun.

Hari ini saya nak mencuba resepi Puding Roti Pelangi yang diambil dari blog Hana's Family dari Kanazawa. Gambar gambar yang dipaparkan dalam blog Hana really can make my heart melted. Hahaha bukan masakannya sahaja yang menyebabkan saya terliur tetapi gambar gambar nya. saya layan layan setiap satu dengan penuh minat...

Puding Roti Pelangi Azie Kitchen

Mohon kongsi resepi Hana di sini ya. Semoga Allah memberi ganjaran atas perkongsian ilmu yang bermanafaat kepada kita semua. 

Jom layan apa yang telah saya sediakan..

Puding Roti Pelangi Azie Kitchen

PUDING ROTI PELANGI
source: hana memories 

Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
10 gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - boleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml).
Pewarna merah, kuning dan hijau. (terpulang masing2)

Cara-cara:
Didihkan 3 cawan air, serbuk agar agar dan gula ke dalam periuk. 


Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yang sudah dididih tadi.

Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.

Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati.
Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah tengah loyang. Kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. Biarkan puding bergerak sendri ke tepi. Tak payah ratakan atau kacau. 

Kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas warna hijau pula. Ulang semula warna merah dan buat hingga habis. Ketika melapis@me'marble'kan, hendaklah dengan cepat sebab puding ini mudah sejuk  membeku.


Puding Roti Pelangi Azie Kitchen

Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.

Puding Roti Pelangi Azie Kitchen

Puding Roti Pelangi Azie Kitchen
haa what do you think of my rainbow? 




    Azie
    Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

    4 ulasan for "Puding Roti Pelangi"

    1. Assalamualaikum...terima kasih atas perkongsian.dah try mmg sedap sgt

      BalasPadam
    2. Terima kasih
      Dah buat mmg sedappp...

      BalasPadam
    3. Sedap ni..menu raya nanti..heheh.tq.
      Jmput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

      BalasPadam
    4. baru cuba..sedap n cantik...tq kongsi resepi

      BalasPadam