Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Extra Moist and Buttery Butter Cake


Extra Moist and Buttery Butter Cake

Plain butter adalah resepi kegemaran saya sejak dari dulu lagi. Saya tidak berapa gemar kek yang pelbagai rasa atau diletak dengan pelbagai topping atau frsoting. 

Resepi ini saya salin dan translate dari website omputih semasa mencari cari resepi butter cake dalam google. Tapi saya dah tak jumpa source nya, maklum masa menyalin lupa nak salin sekali sumbernya. Apa apa pun, rasa kek ini memang sedap dan sangat sangat moist...

Jom kita semak resepi dulu....

Extra Moist and Buttery Butter Cake

Extra Moist and Buttery Butter Cake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
210 gm self raising flour
200 gm gula kaster
250 gm butter
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla 

Ayak tepung dan ketepikan. Putar mentega dan gula sehingga gebu dan kembang. Masukkan  telur satu persatu sambil terus diputar rata. Masukkan esen vanilla dan gaul rata. 

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 9 inci yang telah dilapik dan dilenser. 

Bakar pada suhu 180C  selama 20-25 minit atau sehingga masak. Kek ini sangat yummy, simple dan moist.

Nota:
Jika guna tepung gandum, tambahkan 1 sudu kecil baking powder.

Extra Moist and Buttery Butter Cake



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Extra Moist and Buttery Butter Cake"