Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ketupat Sotong



Ketupat Sotong Kelantan



Ketupat sotong adalah makanan kegemaran saya sejak kecil. Kalau sotong menpunyai telur, lagi sedap...

Teringat kenangan semasa kecil dimarahi emak kerana disangkakan saya telah memakan bahagian telur sotong sahaja. Sehingga kini, saya pun tak tahu siapa yang punya kerja itu...

Apa apa pun, itu lah kenangan yang terpahat di ingatan di sebalik ketupat sotong. Jika dibeli di bazar ramadhan, harganya mahal sekali. Selamat mencuba...


Ketupat Sotong
sotong di tarik keluar kepala
beras pulut (direndam sekejap)
santan
garam
gula melaka
daun pandan


Masukkan santan dan garam ke dalam beras pulut.  Sumbatkan beras pulut dan santan tadi ke dalam sotong. 

Cantumkan kepala sotong dan dicucuk dg lidi secara melintang bagi memastikan sotong tak terpisah dg kepala dan pulut tidak terkeluar semasa dimasak. 

Susun sotong di dalam periuk, masukkan santan hingga tenggelam sotong bagi memastikan pulut cukup masak.  Masukkan daun pandan dan sedikit garam. 

Masak sehingga pulut di dalam sotong telah masak.  setelah pulut masak, masukkan gula melaka.  Masak hingga pecah minyak..

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Ketupat Sotong"