Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Terengganu


Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Terengganu


Gulai Ikan Tongkol adalah lauk kegemaran saya. Maklumlah orang Kelantan, sarapan pagi tak lengkap tanpa nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang dan nasi kapit (impit). Lauk bagi nasi berlauk dan nasi dagang biasa dibuat dari Ikan tongkol yang direbus semalaman, sebelum dimasukkan ke dalam kuah gulai.

Ikan tongkol yang direbus, selain digulai sedap juga digoreng begitu sahaja dan ditambah dengan bawang besar hiris dan cili hidup yang juga dihiris. Saya biasa memasak Gulai Ikan Tongkol stail Kelantan.

Namun saya semenjak dua menjak ini, hihihi ada ke bahasa camtu, saya kemaruk dengan Gulai Ikan Tongkol nasi dagang Terengganu. Setelah mencari sekian lama, saya terjumpa resepi ini.

Tapi maaf kerana telah lama resepi ini tersimpan, saya tidak pasti siapa penulis asal resepi ini. Harap maaf berbanyak..semoga Allah memberi ganjaran kerana berkongsi resepi....

Gulai Ikan Tongkol

Bahan bahan: 
4 ikan tongkol - direbus bersama segenggam asam keping, 1 keping gula melaka dan garam secukup rasa. Air rebusan disimpan untuk diguna dalam kuah.
¾ kg bawang merah - lebih pun tak apa
1 labu bawang putih - yang besar
1 inci kunyit hidup - atau 1 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia
Segenggam lengkuas setelah dihiris
1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
½ senduk serbuk jintan manis
2 senduk cili giling
Kerisik - dari ½ biji kelapa
4 keping besar gula melaka
Santan - dari 4 biji kelapa kepekatan biasa
2 inci kulit kayu manis

Cara cara:
Semua bahan untuk kuah dikisar kecuali kerisik, gula melaka, santan dan kulit kayu manis.

Masak santan hingga terbit minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang dikisar, kerisik, gula Melaka dan kulit kayu manis.

Masak biar lama atas api perlahan bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.  
Nota: masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin.

Boleh diletak cili padi untuk hiasan.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Gulai Ikan Tongkol Nasi Dagang Terengganu"