Kerabu Terung Sedap
Dengan dunia sekarang dilanda wabak Novel Corona Virus 2019 atau dipanggil Covid 19, saya ingin kongsikan petikan dari video Ustaz Badli Shah samada wabak adakah bala atau ujian? Virus corona Wuhan ini dikatakan ada persamaan dengan wabak SARS 2003. Ada satu hadis yang mana Nabi bersabda,
Penyakit wahan yang bunyinya hampir sama dengan Wuhan di mana wabak virus ini menular. Orang Islam telah lama diperingatkan akan kemungkinan kejadian ini berlaku. Seperti mana kita mungkin pernah terbaca, di Wuhan, ada satu pasar di mana segala binatang exotik yang pelik dimakan oleh manusia.
Apa makna musibah? Tidak ada satu perkara yang menimpa melainkan dengan izin Allah, siapa dipimpin Allah akan menjadikan ianya menerima segala musibah dengan sabar. Apa sahaja pemberian samada baik atau buruk, adalah musibah. Bukan sahaja perkara buruk. Tapi menerima bonus dan gratuiti juga adalah satu musibah. Cuma gelagat manusia bila ditimpa musibah yang patut diubah.
Contoh bila berlaku banjir besar, ramai yang akan menyalahkan hujan sedangkan hujan adalah rahmat dari Allah. Banjir bukan bala. Malahan Mekah dan Mina juga ditimpa banjir. Allah menurunkan hujan mengikut sukatan dan kadarnya. Dengan air hujan, akan menyejukkan bumi yang kering. Bukan salah hujan tapi salahkan manusia yang menyebabkan longkang yang tersumbat, sungai yang sempit kerana sampah sarap dsb.
Kenapa Allah ciptakan musibah? Ianya adalah tanda kasih sayang Allah pada hamba Allah yang taat. Banyak lubuk pahala dalam musibah, pahala sabar, pahala ikhtiar, pahala mati syahid dsb. Bila ada ujian baru boleh menaikkan darjat dan imannya. Mana boleh mengaku beriman jika belum diuji, surah Al Ankabut ayat 1-3. Sama juga dengan sekolah, lulus ujian baru boleh naik kelas.
Bila dalam suasana wabak, kurangkan aktiviti luar. Sakit adalah sunnatullah, untuk Allah mengangkat darjah seseorang. Jangan lah hendak menghukum atau mendenda orang sakit sebagai orang yang bermasalah sehingga prestasi kerja staff dinafikan kerana mereka sakit.
Golongan As Salafus Soleh akan rasa mulia bila sakit. Pertsama, kerana orang sakit, Allah akan gugurkan dosanya seperti pohon menggugur daun. Doa orang sakit juga sangat mustajab. Kalau jumpa orang sakit, suruh orang sakit doakan kita kerana doa mereka mustajab seperti doa malaikat. Itulah tanda kasih sayang Allah untuk memberi lebih banyak pahala.
Kedua musibah sebagai kaffarah untuk hapuskan dosa lama kita supaya kita ingat dan bertaubat. Dosa sekarang mungkin kita tidak buat setelah kita dah mula berjinak jinak dengan agama dan masjid. Tapi mungkin dosa zaman dulu yang belum dihapuskan. Contoh dosa ambil barang yang tidak sepatutnya.
Ketiga, musibah adalah bertaraf bala sebagai hukuman di dunia supaya hukuman di hari akhirat tidak berat. Ada disebut dalam surah at Taubah ayat 74.
Memang wujud penyakit berjangkit. Nabi pernah beri amaran, larilah kamu dari orang yang ada penyakit kusta seperti mana kamu lari dari singa. Tapi jangan lah pula kita, kerana ada penyakit virus di Wuhan, tengok orang Cina pun kita lari. Setiap penularan wabak, mesti ada penyebabnya. Penularan memerlukan syarat syarat. Ada kaedah penularan melalui makan minum, darah dsb.
Ketiga dalam keadaan darurat, orang sihat boleh duduk dengan orang sakit dengan menyerah diri pada Allah. Para petugas kesihatan terpaksa berhadapan dengan pesakit. Kalau mereka juga lari, siapa yang akan merawat pesakit? Berpegang teguh pada Allah dan serah diri bulat bulat pada Allah. Kita sama sama doakan mereka selamat dalam menghadapi tugas.
Keempat, feqah mengajarkan pengasingan orang yang ditimpa penyakit berjangkit dengan orang yang sihat. Mereka tidak boleh datang berjumpa orang sihat. Hadis ini menunjukkan perlu pengasingan.
Kelima, isu kuarantin iaitu hadkan pergerakan orang sihat dengan orang sakit untuk mengelak penyakit berjangkit. Taun adalah tanda kemukaan Allah, kalau kamu tahu ada penyakit, jangan pergi ke tempat itu atau jangan kamu keluar dari kawasan itu sehingga boleh merebak penyakit ke kawasan lain.
Keenam, meninggal dunia kerana sakit wabak, di mana A'isyah menanya Baginda Rasulullah tentang taun. Nabi bersabda siapa kena taun kena berada tetap dalam kawasannya dengan sabar, maka jika mati, maka matinya adalah mati syahid.
Ketujuh, Islam menggalakkan umat berusaha mengelak penyakit berjangkit, jangan nak pergi ke tempat di mana merebak penyakit tersebut. Jangan pergi jika kita tahu bahaya. Kita wajib lari dari takdir Allah ke takdir Allah yang satu lagi.
Akhir sekali, jangan pindahkan penyakit kita sehingga memudaratkan orang lain. Jadi tindakan kerajaan menyekat kemasukan adalah selari dengan arahan agama. Kena percaya yang penyakit yang tular ini tidak akan kekal lama. OK cukup dulu setakat ini, sekarang kita sentuh sedikit bab masakan.
Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka."
Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.”
Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut mati” [HR Abu Dawud]
Apa makna musibah? Tidak ada satu perkara yang menimpa melainkan dengan izin Allah, siapa dipimpin Allah akan menjadikan ianya menerima segala musibah dengan sabar. Apa sahaja pemberian samada baik atau buruk, adalah musibah. Bukan sahaja perkara buruk. Tapi menerima bonus dan gratuiti juga adalah satu musibah. Cuma gelagat manusia bila ditimpa musibah yang patut diubah.
Contoh bila berlaku banjir besar, ramai yang akan menyalahkan hujan sedangkan hujan adalah rahmat dari Allah. Banjir bukan bala. Malahan Mekah dan Mina juga ditimpa banjir. Allah menurunkan hujan mengikut sukatan dan kadarnya. Dengan air hujan, akan menyejukkan bumi yang kering. Bukan salah hujan tapi salahkan manusia yang menyebabkan longkang yang tersumbat, sungai yang sempit kerana sampah sarap dsb.
Kenapa Allah ciptakan musibah? Ianya adalah tanda kasih sayang Allah pada hamba Allah yang taat. Banyak lubuk pahala dalam musibah, pahala sabar, pahala ikhtiar, pahala mati syahid dsb. Bila ada ujian baru boleh menaikkan darjat dan imannya. Mana boleh mengaku beriman jika belum diuji, surah Al Ankabut ayat 1-3. Sama juga dengan sekolah, lulus ujian baru boleh naik kelas.
Bila dalam suasana wabak, kurangkan aktiviti luar. Sakit adalah sunnatullah, untuk Allah mengangkat darjah seseorang. Jangan lah hendak menghukum atau mendenda orang sakit sebagai orang yang bermasalah sehingga prestasi kerja staff dinafikan kerana mereka sakit.
Golongan As Salafus Soleh akan rasa mulia bila sakit. Pertsama, kerana orang sakit, Allah akan gugurkan dosanya seperti pohon menggugur daun. Doa orang sakit juga sangat mustajab. Kalau jumpa orang sakit, suruh orang sakit doakan kita kerana doa mereka mustajab seperti doa malaikat. Itulah tanda kasih sayang Allah untuk memberi lebih banyak pahala.
Kedua musibah sebagai kaffarah untuk hapuskan dosa lama kita supaya kita ingat dan bertaubat. Dosa sekarang mungkin kita tidak buat setelah kita dah mula berjinak jinak dengan agama dan masjid. Tapi mungkin dosa zaman dulu yang belum dihapuskan. Contoh dosa ambil barang yang tidak sepatutnya.
Ketiga, musibah adalah bertaraf bala sebagai hukuman di dunia supaya hukuman di hari akhirat tidak berat. Ada disebut dalam surah at Taubah ayat 74.
Memang wujud penyakit berjangkit. Nabi pernah beri amaran, larilah kamu dari orang yang ada penyakit kusta seperti mana kamu lari dari singa. Tapi jangan lah pula kita, kerana ada penyakit virus di Wuhan, tengok orang Cina pun kita lari. Setiap penularan wabak, mesti ada penyebabnya. Penularan memerlukan syarat syarat. Ada kaedah penularan melalui makan minum, darah dsb.
Ketiga dalam keadaan darurat, orang sihat boleh duduk dengan orang sakit dengan menyerah diri pada Allah. Para petugas kesihatan terpaksa berhadapan dengan pesakit. Kalau mereka juga lari, siapa yang akan merawat pesakit? Berpegang teguh pada Allah dan serah diri bulat bulat pada Allah. Kita sama sama doakan mereka selamat dalam menghadapi tugas.
Keempat, feqah mengajarkan pengasingan orang yang ditimpa penyakit berjangkit dengan orang yang sihat. Mereka tidak boleh datang berjumpa orang sihat. Hadis ini menunjukkan perlu pengasingan.
Kelima, isu kuarantin iaitu hadkan pergerakan orang sihat dengan orang sakit untuk mengelak penyakit berjangkit. Taun adalah tanda kemukaan Allah, kalau kamu tahu ada penyakit, jangan pergi ke tempat itu atau jangan kamu keluar dari kawasan itu sehingga boleh merebak penyakit ke kawasan lain.
Keenam, meninggal dunia kerana sakit wabak, di mana A'isyah menanya Baginda Rasulullah tentang taun. Nabi bersabda siapa kena taun kena berada tetap dalam kawasannya dengan sabar, maka jika mati, maka matinya adalah mati syahid.
Ketujuh, Islam menggalakkan umat berusaha mengelak penyakit berjangkit, jangan nak pergi ke tempat di mana merebak penyakit tersebut. Jangan pergi jika kita tahu bahaya. Kita wajib lari dari takdir Allah ke takdir Allah yang satu lagi.
Akhir sekali, jangan pindahkan penyakit kita sehingga memudaratkan orang lain. Jadi tindakan kerajaan menyekat kemasukan adalah selari dengan arahan agama. Kena percaya yang penyakit yang tular ini tidak akan kekal lama. OK cukup dulu setakat ini, sekarang kita sentuh sedikit bab masakan.
Kerabu adalah antara lauk pauk tradisional dalam kategori sayuran dan ulaman kegemaran saya. Ya lah anak kampung, inilah makanannya. Macam mcam sayuran boleh dibuat kerabu seperti kulat gelam, buah beko, kacang panjang, daun pegaga dan macam macam lagi.
Serious sangat sedap kerabu terung saya hari ini. Sedap dimakan dengan nasi putih atau dimakan meratah ratah begitu sahaja. Hahaha kalau yang belum pernah mencuba, boleh lah cuba menyediakannya sendiri. Jika suka berkuah, bolehlah dilebihkan santan. Tapi saya suka, jika sekadar basah lembab lembab macam ni jer.

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Kerabu Terung
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 biji terung panjang dicelur
1 ekor ikan bakar - ambil isi
1 cawan kelapa parut - digoreng keperangan
1 cawan santan pekat
1/2 biji bawang besar
4-5 tangkai cili padi
1/2 tangkai cili merah
1-2 biji limau nipis
Garam
Gula
Cara cara:
Terung dicelur seketika, siak kulit dan dipotong.
Kelapa parut digoreng sehingga keperangan dan ditumbuk kasar.
Masukkan semua bahan ke dalam bekas terung. Kacau rata.
Akhir sekali, perah air asam limau nipis. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Catat Ulasan for "Kerabu Terung Sedap"
Add your comment