Soto Madura Yang Sedap
Sebelum masuk bab Soto Madura, kita citer citer bab lain dulu. Terasa sangat cepat masa berlalu. Kini kita telah berada di penghujung tahun 2019. Tahun depan 2020. Teringat lagi masa YAB Tun Dr Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia yang ke4 mengumumkan Wawasan 2020, terasa macam lama lagi 2020. Macam jauh lagi. Macam tak realistik dan macam macam lagi yang diperkatakan. Jauh betul pandangan Tun Mahathir.
Tapi kini tahun 2020 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Begitulah cepatnya masa berputar tanpa kita sedari. Masa tidak pernah menunggu kita. Masa akan terus berputar samada kita bersedia atau tidak. Hujung tahun seperti ini, jalan ke pejabat sangat lengang. Keluar rumah pukul 7 pagi pun, saya masih sampai di pejabat awal.
Hmm setahun yang lalu, di penghujung tahun seperti ini, saya terkurung di rumah dek kemalangan yang mencederakan kaki saya. Saya berada dalam cuti sakit yang panjang selepas menjalani pembedahan kaki kerana tulang kaki yang patah dan ligamen yang putus.
Saya ketika itu hanya melihat lihat kawan kawan bercuti ke luar negara. Hati hanya menahan rasa, menahan rasa kerana bukan sahaja tidak dapat ke luar negara, hatta untuk ke shopping mall yang membuat pelbagai tawaran penghujung tahun pun, saya tak dapat kunjungi. Sedih sangat saat itu.
Insya Allah tahun ini walaupun saya sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana masalah batu karang, tapi ianya telah kembali sembuh dan saya boleh berada di pejabat di penghujung tahun ini. Sekarang kita sentuh sedikit bab resepi soto madura.
Banyak majlis perkahwinan yang saya hadiri terutama yang dibuat di hotel hotel besar, menyediakan soto madura sebagai hidangan pembuka selera. Walaupun sedikit sahaja, cukup terasa keenakannya. Kuahnya yang berwarna kekuningan lemak, memang sangat sedap dihirup.
Berbalik pada soto madura saya hari ini, sangat sedap pada saya. Hahaha puji masakan sendiri. Tak salah kerana ianya berdasarkan tekak saya. Saya hidangkan sekali dengan begedil walaupun ianya bukan sesuatu yang wajib ada dalam soto madura.
Hmm apa kata ramai ramai pakat cuba resepi soto madura ini. Pasti anda akan setuju dengan keenakannya. Jom layan resepi soto madura di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Soto Madura
Oleh: Azie Kitchen
Tapi kini tahun 2020 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Begitulah cepatnya masa berputar tanpa kita sedari. Masa tidak pernah menunggu kita. Masa akan terus berputar samada kita bersedia atau tidak. Hujung tahun seperti ini, jalan ke pejabat sangat lengang. Keluar rumah pukul 7 pagi pun, saya masih sampai di pejabat awal.
Hmm setahun yang lalu, di penghujung tahun seperti ini, saya terkurung di rumah dek kemalangan yang mencederakan kaki saya. Saya berada dalam cuti sakit yang panjang selepas menjalani pembedahan kaki kerana tulang kaki yang patah dan ligamen yang putus.
Saya ketika itu hanya melihat lihat kawan kawan bercuti ke luar negara. Hati hanya menahan rasa, menahan rasa kerana bukan sahaja tidak dapat ke luar negara, hatta untuk ke shopping mall yang membuat pelbagai tawaran penghujung tahun pun, saya tak dapat kunjungi. Sedih sangat saat itu.
Banyak majlis perkahwinan yang saya hadiri terutama yang dibuat di hotel hotel besar, menyediakan soto madura sebagai hidangan pembuka selera. Walaupun sedikit sahaja, cukup terasa keenakannya. Kuahnya yang berwarna kekuningan lemak, memang sangat sedap dihirup.
Berbalik pada soto madura saya hari ini, sangat sedap pada saya. Hahaha puji masakan sendiri. Tak salah kerana ianya berdasarkan tekak saya. Saya hidangkan sekali dengan begedil walaupun ianya bukan sesuatu yang wajib ada dalam soto madura.
Hmm apa kata ramai ramai pakat cuba resepi soto madura ini. Pasti anda akan setuju dengan keenakannya. Jom layan resepi soto madura di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
½ kg daging
4 helai daun limau purut
1 ½ inci lengkuas - ketuk
1 batang serai - ketuk1 biji limau nipis
½ kotak santan kotak
½ sudu kecil serbuk pati ayam
½ sudu kecil serbuk pati ayam
Bahan kisar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit
Bahan sangai & kisar:
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil lada sulah
4 biji buah keras
Sayuran:
Sayuran:
Daun bawang/daun saderi
Daun sup
Kubis - hiris & celur
Taugeh
Bahan lain:
Bahan lain:
Mee hoon/ketupat nasi
Bawang merah goreng
Sambal kicap
Cara cara:
Sambal kicap
Cara cara:
Daging direbus sehingga empuk. Simpan air rebusan untuk dijadikan kuah soto. Nota: Saya rebus daging seketika dan buang air rebusan. Kemudian rebus daging sekali lagi menggunakan periuk Noxxa selama 20 minit. Untuk daging yang sedap, pilih bahagian yang ada sedikit urat seperti daging keting.
Panaskan minyak dan tumis serai dan daun limau purut dan bahan kisar sehingga naik wangi.
Masukkan daging dan air rebusan daging. Masak sehingga mendidih.
Masukkan buah tomato, serbuk pati ayam dan garam.

Hidangkan kuah soto dengan mee hoon atau nasi impit, begedil, sambal cili kicap dan sayur sayuran.
sedapnyaaa
BalasPadamYa Allah..sedapnya
BalasPadamKak....nak tanya soto madura ni sesuai tak kalau guna ayam......
BalasPadam