Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Goreng Halia Yang Sedap

Ayam Goreng Halia

Kadang kadang rasa heran dengan orang yang sesuka hati nak block orang lain tanpa sebab. Hahaha. Kalau dah takut orang tiru masakan, jangan share apa yang kita masak. Sorok sorokkan. Saya selalu juga tengok IG dan blog masak masak untuk mendapat idea apa yang nak dimasak.  

Bila ternampak, ooh hari ni boleh masak ini. Kadang kadang resepi yang dimasak tak sama pun. Macam saya lagi lah, tak suka sangat makan ikan sungai yang tawar, hanyir dan berlendir. Kecuali kalau orang lain memasaknya, baru saya makan. Kalau saya yang masak, memang saya tak berapa suka. 

Kalau ikan sungai, saya suka makan ikan keli lembut, ikan keli sawah yang badan di bahagian ekornya bulat sikit dan ada bintik bintik kuning. Tapi saya tak pernah memasaknya sendiri. Baru ni tengok video viral macam mana ada orang menangkap ikan keli dengan memasukkan mentos dan ubat gigi dalam lubang air. Hampir setengah baldi kot, ikan keli yang menyerah diri.

Dulu arwah Bonda yang memasaknya. Sekarang kakak saya yang memasaknya untuk saya bila saya balik kampung. Lagi pulak, kalau ikan sungai, saya suka yang digoreng garing sahaja kecuali ikan keli yang kakak saya masak gulai kuning dan diletak sekali pucuk asam kandis.

Ayam Goreng Halia

Ayam goreng halia ini saya sediakan untuk anak anak saya. Mereka suka makan masakan yang berciri moden macam ni. Masakan yang guna bahan simple simple dan tidak berempah. Guna halia muda banyak banyak lagi sedap. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Ayam Goreng Halia

Ayam Goreng Halia

Bahan bahan:
1⁄2 ekor ayam - dipotong kecil 
6 biji bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - ditumbuk

Bahan sos:
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis
Garam
Gula 

Bahan lain:
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 inci halia muda - hiris panjang
2 tangkai cili merah - dibelah 2
2-3 tangkai cili padi - diketuk 
Sedikit serbuk lada hitam - opsyenal

Cara cara:
Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. 

Ayam Goreng Halia

Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hiris serta halia tumbuk hingga naik bau. 

Masukkan ayam, kicap, sos tiram, garam, gula dan sedikit air.

Ayam Goreng Halia

Tutup kuali supaya ayam masak. Kacau rata sehingga ayam masak dan kuah agak kering. Jika suka berkuah, jangan masak sehingga kering.  

Akhir sekali, masukkan halia hiris, bawang besar, cili padi, cili merah dan lada hitam. Kacau rata dan bolehlah ditutup api. 

Ayam Goreng Halia




1 ulasan for "Ayam Goreng Halia Yang Sedap"

  1. Salam kak azie, sy dah cuba resepi ni. Walaupun simple tapi sangat sedap! Terima kasih berkongsi resepi yg ikhlas..

    BalasPadam