Sambal Kelapa aka Sambal Nyor Nasi Impit Kelantan
Sambal Nyor atau Sambal Kelapa Kelantan adalah antara makanan Kelantan kegemaran saya. Ianya dimakan dengan nasi impit, memang sangat sedap. Saya boleh makan nasi impit dengan sambal kelapa tanpa rasa jemu pun. Boleh makan berulang ulang. Lagi sedap kalau sambal kelapa itu sedikit lembap.
Masih ingat lagi resepi Kuah Kacang Kelantan aka kuah nasi kapit yang saya sediakan sebelum ini di SINI. Itu kira keeper recipe untuk saya. Ianya adalah makanan kegemaran saya dulu, kini dan selamanya. Saya buat baru ini, hasilnya agak banyak. Jadi saya simpan di dalam peti sejuk. Masih ada lagi baki.
Antara BFF bagi nasi kapit di Kelantan selain dari kuah kacang ialah Sambal Kelapa atau dipanggil sebagai Sambal Nyor. Saya boleh makan nasi impit hanya dengan dicicah sambal kelapa sahaja. Suapan pertama terasa seperti nak nanges sebab sedap giler. Itulah kalau tekak Kelantan.
Ada pelbagai cara menyediakannya walaupun bahan yang digunakan adalah sama. Boleh klik di SINI untuk entri saya sebelum ini. Kali ini saya gunakan cara yang dikongsikan di SINI. Menurut penulis, ianya adalah masakan yang disediakan oleh arwah nenek beliau yang berniaga di kantin sekolah, iaitu nasi impit kuah kacang dengan sambal kelapa.
Saya harap dengan perkongsian resepi di blog akan membolehkan makanan ini kekal digemari dan boleh disediakan oleh generasi anak anak saya di masa hadapan. Maklum anak anak zaman sekarang tidak menggemari makanan tradisional seperti ini.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini di bawah ini. Cara penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Sambal Kelapa Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ekor ikan selayang/ikan kembung
1 biji kelapa parut
Bahan tumbuk:
3 biji bawang merah
1/4 inci halia
2 batang serai serai - hiris nipis
1 keping gula Melaka
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Cara cara:
Rebus ikan dengan 3 keping asam keping dn 1 sudu garam dengan air separas ikan. Asingkan isi dan tulang. Kemudian goreng isi ikan tanpa minyak hingga kering airnya supaya tidak berbau hanyir.
Goreng kelapa dengan api perlahan sehingga keperangan dan garing. Kelapa telah garing, bila dipegang keras dan rangup. Kemudian tumbuk kelapa sekadar lumat sahaja.
Tumbuk bawang merah, halia dan serai sehingga lumat. Masukkan gula Melaka dan tumbuk sehingga seperti berair sedikit, masukkan gula dan garam.
Bila gula hancur, masukkan isi ikan rebus dan tumbuk sehingga sebati antara keduanya.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas kelapa goreng. Gaul sebati kedua duanya menggunakan sudu. Selepas itu, ditumbuk supaya ianya sebati.
Nota:
Untuk memastikan sambal tahan lama, jangan terkena tangan, gaul samada menggunakan sudu atau guna sarung tangan plastik. Sambal boleh tahan sebulan jika disimpan dalam peti sejuk dan boleh tahan 4-5 hari jika dil uar peti sejuk.
Untuk memastikan sambal tahan lama, jangan terkena tangan, gaul samada menggunakan sudu atau guna sarung tangan plastik. Sambal boleh tahan sebulan jika disimpan dalam peti sejuk dan boleh tahan 4-5 hari jika dil uar peti sejuk.
Orang Johor pulak makan nasi impit, sambal kacang dan serunding kelapa.
BalasPadamMemang nangis bila makan. Kalau nak basah, tambah ngan kuah lodeh.Resepi kelapa Azie macam kelapa yg dimakan dgn nasi kerabu ya.
1 biji kelapa dpt brp gram? Saya terbeli kelapa parut stgh kilo
BalasPadamSy dh buat resepi ni kak azie, memmng mnjadi, sedap mkn dgn nasi himpit kuah kacang.😋
BalasPadam