Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Nasi Berlauk Kelantan

Sambal Nasi Berlauk Kelantan

Sebelum masak bab sambal, meh kita citer citer dulu. Saya memang jarang makan tengahari di pejabat. Biasanya saya akan makan sarapan pagi yang lebih berat seperti nasi lemak, mee hoon dsb. Beberapa hari lepas, saya ke cafe waktu makan tengahari. Itulah sebab berzaman tak ke sana kan. 

Saya melihat ramai staf yang muda muda mungkin sebaya dengan anak anak saya. Begitu cepat masa berlalu, terasa masih baru lagi saya bekerja. Terasa masih baru lagi saya ketika itu, masih muda remaja baru memulakan perkhidmatan selepas menamatkan pengajian. Tapi kini, saya telah melepasi umur yang suatu ketika dulu, umur Bonda saya ketika saya mula bekerja. 

Apa lagi yang ingin dikejarkan? Yang muda pasti akan mengalami fasa usia sehingga akhirnya tua. Kulit muda yang dulu cantik dan tegang kini mula sagging dengan smiling line. Anak yang dulu kini masih baby kini cucu pula yang baby. 

Minggu lepas saya dengan Juita ke One Utama untuk membeli barangan penjagaan muka saya. Sebetulnya saya tidak menjaga muka dari dulu. Sejujurnya kewangan tidak mengizinkan ketika itu. Saya hanya menggunakan brand biasa biasa sahaja. Hanya setelah masalah kulit muka saya menjadi sangat ketara, anak saya Nellisa memaksa saya menukar produk. 

Alhamdulillah setelah menggunakannya hampir 2 tahun, kulit muka saya menjadi sangat baik. Apa yang saya hendak kongsikan ialah bila salesgirl memberitahu bahawa kulit muka saya sangat baik dengan mengambil kira umur saya. Tiada masalah pigmentation yang ketara. Sejak kecil saya memang ada freckles, kulit macam minah Saleh gitu. 

Mesejnya? Hmm kesimpulannya, saya tidak boleh lagi menoleh ke belakang dan tidak perlu menjalani rawatan untuk menjadi muda remaja. Harus redha dan meningkat usia dengan bergaya. Hahaha itu jer mesejnya untuk diri saya sendiri. Saya perlu terus ke hadapan, persiapkan diri menghadapi hari hari mendatang. OK setakat ini dahulu.

Sambal Nasi Berlauk Kelantan

Sambal nasi berlauk Kelantan tidak sama dengan sambal belacan Kelantan. Ada juga sambal Kelantan yang menggunakan belacan. Ia biasanya dihidangkan di majlis majlis kenduri. Sambal nasi berlauk biasanya tidak menggunakan belacan atau bawang. 

Teringat Mak Su, arwah Bonda Saudara yang memang sangat handal dalam bab menyediakan sambal. Jika ada majlis majlis kenduri di rumah kami, memang dialah yang akan ditugaskan menyediakan sambal belacan. Mak su akan membakar bawang merah dan belacan. Bawang yang hangit hangit dibakar tu menjadikan sambal lebih sedap. Insya Allah saya akan kongsikan di masa akan datang.

Kebiasaannya untuk sambal nasi berlauk, tidak menggunakan belacan. Hanya menggunakan cuka dan asam limau sahaja. Ada juga yang meletakkan bawang putih 1-2 ulas tapi saya tak letak. Semua terpulang lah pada selera masing masing. 

Yang pasti sambal ini sangat enak dimakan dengan nasi berlauk. Ala ala berada di gerai Taman Sekebun Bunga di Kelantan ditepi sungai Kelantan gitu. Klik di SINI untuk resepi gulai ikan nasi berlauk. 

Jom layan resepi penyediaannya di bawah ini. Video di SINI. Sedap dimakan dengan nasi putih dan gulai ikan nasi berlauk atau gulai ayam nasi berlauk. Selamat mencuba...

Sambal Nasi Berlauk Kelantan

Sambal Nasi Berlauk 
Oleh: Azie Kitchen

 Bahan bahan:
10 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering - guna jenis berkilat
4 tangkai cili padi - boleh tambah
8 biji limau kasturi - buang biji
1 sudu kecil garam kasar
3-4 sudu besar gula atau secukup rasa
2-3 sudu besar cuka atau secukup rasa

Cara cara:
Cili kering direbus terlebih dahulu. Semua bahan di atas dikisar kasar. Jangan terlalu hancur. 

Sambal Nasi Berlauk Kelantan

Sambal Nasi Berlauk Kelantan

Keesokan hari lagi sedap setelah ianya sebati. Selepas sehari boleh disimpan di dalam peti ais.

Sambal Nasi Berlauk Kelantan

Nota:
Cili kering menggunakan cili kering jenis berkilat dan tidak pedas tapi sebab saya tiada stock saya guna jenis kerinting. Cili kering direbus terlebih dahulu sehingga kembang. 


5 ulasan for "Sambal Nasi Berlauk Kelantan"

  1. Azie, anak buah saya dari kelantan kata dia pakai gula nesa. tapi sambal kelantan memang sedap. lagi satu, Azie bila start bersara.

    BalasPadam
  2. Bab umur tu kak sy sokong sgt2.. sy ni kiranya kelas umur anak2 akak je. Jiran sy ada lah sorg dua, ni bkn nk mengumpat ke ape tapi cuma nk cerita la.. hrtu pos laju ada anta surat tapi sy xde kat rumah, jadi dia tlg terima surat tu. Lepas tu sy balik rumah kebetulan dia pun baru balik kerja. Dia pun bg la surat tu. Sy tgk aamboii cun la kak, kalah anak dia dressing.. mmg giler. Tp sy xcakap depan dia la nnt dia syok sendiri. Haha. Tp betul kak cakap, jgn toleh belakang, terus ke depan dgn penuh style.

    BalasPadam
  3. Terima ksh byk resepi kak azie.. dr pagi tghr samp mkn ptg.. resepi yg diyakini dr hati yg ikhlas dr k.azie.. moga Allah blas segalanya..

    BalasPadam