Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Perjalanan Dari Brussels Ke Folkestone Hari 12 Part 1


Saya kini telah masuk hari ke 12 percutian yang semakin hampir ke penghujungnya. Kalau bercuti, tak kira di mana sahaja pasti menyeronokkan. Rasanya tak mahu membilang hari hari akhir percutian. Serious tak suka.

Secara tepatnya, kami hanya berada di Brussels satu hari sahaja. Kalau diikutkan, memang tidak cukup masa untuk melawat banyak lagi tempat tempat menarik di sini. Boleh klik di SINI untuk entri di Brugges. 

Pagi pagi lagi kami check out dan pukul 7.30 pagi bertolak ke London. Ingin sampai awal kerana tempoh kami berada di London sangat singkat. Kami bangun awal dan saya menyediakan nasi goreng ikan sardin untuk sarapan sebagai mengalas perut. 

Sebelah malam lagi dah siap mengemas bag. Memang azab nak menarik bag yang berat dari apartment ke tempat parking dengan jalan berlekuk lekuk. Dah lah lift hanya boleh muat satu orang dan satu bag dalam satu masa. Memang cute lift yang rasanya saiz 2.5x 4’ sahaja kot. Kalau rapat sangat ke pintu, lift akan automatically stop. 

Sepanjang perjalanan hanya melihat pemandangan sambil dengar lagu dan makan coklat Swiss yang memang sangat sedap. Kami tidaklah rushing kerana menpunyai masa yang cukup. Setiap kali melakukan perjalanan jauh, saya memilih pakaian baju dan seluar yang longgar dan selesa. 

Juita berjaya menukar jadual euro tunnel dari pukul 2 petang ke pukul 10.50 pagi. Lagi pulak, kami tak merancang untuk ke Manchester sebelum ini. Hanya ingat nak naik train untuk ke sana bagi menghantar barang barang Juita supaya dia tak lah balik sorang sorang dengan bag yang berat macam dulu. Bila last minute, menukar plan untuk ke Manchester, bermakna hanya ada 1 hari sahaja di London. 

Sampai di Calais Euro tunnel dalam pukul 9.30 pagi. Ketika di self check in terminal ditanya jika kami ingin menukar ke pukul 10.20 tanpa charge. Jadi kami menukar jadual sekali lagi. Di dalam euro tunnel train, ada tandas. Jadi kami bertiga pergi ke tandas sebelum train bergerak tepat pukul 10.20 pagi. 

Perjalanan mengambil masa 35 minit sahaja. Kos  £109 untuk sehala. Boleh dapat sehala £30 jika di book lagi awal, kata Juita. Keluar dari tunnel bawah laut pukul 10.45. Keluar Folkestone euro tunnel pukul 10.57 dan terus singgah di petrol station. 

Di Folkestone kami singgah cari chummy seafood stall. Tapi malang, ianya dibuka hanya Jumaat hingga Ahad dari pukul 10.30 pagi hingga petang. Jadi saya google cari stall lain di Folkestone Harbour. 


Akhirnya pilih untuk ke Papas Fish Restaurant. Kami semua pilih Jumbo Cod yang ditulis di buku menu, make sure you are hungry kerana saiznya yang memang jumbo. Kami juga order fresh fried cod roe telur ikan cod yang sangat sedap. 




Makan jumbo cod fish yang seriously sangat besar dan sangat sedap. Itu sebab ditulis pastikan anda betul betul lapar jika ingin order set ini. Tapi set ini beza hanya £1 sahaja dengan cod fish biasa yang berharga £8.50. Jadi lebih baik order yang jumbo.

Selepas makan kami terus bertolak ke London yang hanya 64 batu dari Folkestone. Nantikan entri seterusnya. London yang sentiasa menggamit.



Catat Ulasan for "Perjalanan Dari Brussels Ke Folkestone Hari 12 Part 1"