Nasi Goreng Cili Merah Yang Simple Dan Sedap
Banyak kes buli yang dilaporkan berlaku di sana sini samada di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Menyedihkan kerana ada kes buli yang melibatkan kehilangan nyawa. Saya terfikir siapa yang terlibat dengan kes buli, apakah mereka satu hari berpotensi untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup? Hmm kemungkinan untuk berlaku sedemikian amat tipis kerana golongan seperti ini, tiada rasa kasih sayang sesama insan.
Jangan lupa, kes buli juga berlaku di alam pekerjaan. Membuli secara politik dengan lari dari tanggungjawab tapi bila tiba bab ganjaran, mereka lah yang akan terlebih dahulu akan claim itu dan ini. Buli di pejabat berlaku di kalangan mereka yang tiada pegangan agama atau mungkin tiada agama.
Mereka tanpa segan silu melepaskan tugas mereka pada orang lain dengan pelbagai alasan yang menyokong tindakan berkepentingan diri. Istilah yang lebih popular adalah tai chi. Tolak tolak pada orang lain. Buli juga berlaku bila boss yang jahil mencampak secara tidak adil kerja staff lain kepada staff yang lain. Secara jujur saya amat benci dan jengkel melihat perkara ini. Cukup setakat ini dan sekarang masuk pula bab resepi dan masakan.
Jika sebelum ini di SINI, saya menyediakan nasi goreng cili kering, kali ini saya menggunakan cili merah pula. Saya memang penggemar nasi goreng dan saya boleh menyediakan nasi goreng dengan pelbagai cara menggunakan bahan yang tersedia di dapur ketika itu. Hari ini tiada sayuran di dalam peti ais, jadi saya tak meletak apa apa sayuran.

Jika menggunakan cili merah, masa menumis tidak perlu lama kerana cili merah sendiri dimakan mentah mentah juga. Kali ini saya tidak mengisar ikan bilis bersama bawang bawang dan cili. Sebaliknya saya menggorengnya berasingan hingga garing dan ditabur ke atas nasi sewaktu menghidangkannya. Ianya hanya sekadar mempelbagai rasa dan penampilan sahaja.
Jom kita layan resepi saya pada hari ini yang sangat simple dimple. Beberapa minit sahaja telah siap dan sedia untuk dinikmati. Yang penting, sangat sedap.
Nasi Goreng Cili Merah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
2 biji telur
Garam
Ikan bilis - goreng garing
Bahan kisar kasar:
1 batang cili merah
3-4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tos. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar kasar sehingga wangi.
Ketepikan bahan tumis, tuangkan telur. Biarkan telur mengeras baru dituangkan nasi dan kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa. Bolehlah ditutup api. Sebelum dihidangkan, taburkan ikan bilis goreng.
Nota:
Boleh letakkan juga sayuran seperti kacang panjang, karot jika suka. Saya tak letak kerana tiada stok.
sama plak menu kita hari ni
BalasPadamSalam
BalasPadamBuli disekolah berasra Dan university Di Malaysia adalah seperti tradisi.
Di uni kat negara spt UK takde semua ni. Kalau sekolah berasrama buli jarang berlaku kerana most sekolah berasrama bayar fee Mahal.
Kat Malaysia apt diketahui sekolah berasrama kerajaan, university under kerajaan berlaku semua ni.
Cuba kat kolej swasta bully anak org. Mahu kena saman. Org bayar yuran beribu ribu.. Ada samdol membuli. So that trend tak flourish di menara heading swasta. Cuma disekolah kerajaan.
Ianya perlu dihapuskan. Konon seniority... Bla bla. Actually it's cancerous culture that ingrain into the individual characteristics.carry forward to working and daily life.
These bullies should be kick out from school.... Let them go to private school pay the fees beribu berani buli anak orang.