Nasi Dagang Kelantan Menggunakan Periuk Noxxa Di Hari Raya Aidil Adha
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam tidak kira di mana berada. Hari Raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Hidup perlukan pengorbanan walau siapapun kita. Kadang kadang kita perlu mengorbankan hati dan perasaan sendiri demi kebahagiaan orang yang disayangi. Tapi berapa ramai yang begini?
Khalayak ini ramai terutama para suami yang bukan berkorban tapi mengorbankan perasaan orang lain demi diri sendiri. Bila setiap kali melakukan dosa, kita tidak terus nampak, jadi kita mengambil ringan. Perkara perkara ghaib seperti dosa pahala, syurga neraka harus kita percaya dan ingat. Kita tinggalkan bab pengorbanan dan masuk bab resepi.
Kami menyediakan nasi dagang sebagai hidangan utama di hari raya Aidil Adha. Saya memasak lauk nasi dagang sehari sebelumnya kerana ia akan menjadi lebih sedap dan mesra. Kuah akan menjadi bertambah cantik, lebih lebih lagi jika menggunakan santan segar.
Kali ini saya tidak menyediakan nasi dagang dengan kaedah tradisional. Sebaliknya menggunakan periuk tekanan Noxxa. Memang sangat mudah dan cepat disediakan. Saya 2 kali menyediakan nasi dagang. Sekali pagi pagi sebelum keluar solat sunat Aidil Adha untuk hidangan kami sekeluarga. Kemudian sebelah petang untuk hidangan besan kami datang beraya.

Saya menyediakan 3 jenis lauk iaitu Gulai Ikan Tongkol, Gulai Udang dan Gulai Ayam. Telur rebus juga dimasukkan dalam gulai ikan. Jika tidak, telur rebus boleh dihidangkan begitu sahaja. Selain itu, saya juga menyediakan sambal kelapa seperti mana lazimnya nasi dagang Kelantan dan juga acar timun. Sambal ikan adalah wajib ada untuk melengkapkan nasi dagang Kelantan. Sambal yang sama dimakan dengan nasi impit.
Saya sangat berpuas hati dengan kejadian Gulai ikan tongkol kali ini. Bukan sahaja sedap tetapi juga cantik kekuningan dan pekat. Serius sangat sedap nasi dagang kali ini. Saya bukan sahaja makan menambah nambah tetapi makan berulang ulang. Haa berbaloi baloi. Boleh klik resepi Sambal Kelapa di SINI. Klik di SINI untuk Acar Mentah resepi kakak saya. Kata Kak Nah, jika cukup cuka dan gula, barulah acar timun akan menjadi rangup.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Video penyediaan gulai Ikan tongkol boleh klik di SINI. Selamat mencuba...
Nasi Dagang Menggunakan Noxxa
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A
I kg beras nasi dagang kelantan
Air - 1/2 inci atau 1/2 dari ruas atas jari telunjuk dari paras beras
Bahan B
7 ulas bawang merah - hiris
7 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia- hiris
1 sudu besar halba
Bahan C
1 1/2 cawan santan pekat
4 sudu besar gula
Cara-cara:
Beras nasi dagang kelantan dibasuh dan direndam seketika. Kemudian toskan. Masukkan ke dalam inner pot periuk tekanan dengan air. Guna jari telunjuk, hujung cari telunjuk cecah paras atas beras. Paras air adalah 1/2 inci atau paras separuh dari ruas atas jari telunjuk. Guna fungsi low pressure selama 8 minit.
Selepas 8 minit, lepaskan tombol dan letak pada fungsi steam. Masukkan bawang, halia dan halba ketika nasi masih panas panas.
Kemudian tuang santan yang telah disatukan dengan garam dan gula. Tuang santan sedikit demi sedikit sehingga nasi cukup lembut. Gaul rata sehingga nasi kelihatan berkilat.
Kemudian tuang santan yang telah disatukan dengan garam dan gula. Tuang santan sedikit demi sedikit sehingga nasi cukup lembut. Gaul rata sehingga nasi kelihatan berkilat.
Masukkan semula dalam inner pot dan guna pula steam selama 60 minit. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Gulai Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang
Bahan bahan:
1 ekor ikan
tongkol hitam rebus - 1 1/2 kg
4 biji telur rebus - opsyenal
2 sudu
besar rempah kari
½ sudu
kecil halba
½ kg santan pekat
2 keping asam
keping
Garam
Gula
Gula
Melaka
Bahan
kisar:
8 biji bawang
merah
3 ulas bawang
putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 sudu cili
kering kisar - sekadar untuk warna kuah sedikit kemerahan
Cara cara:
Ikan direbus dengan 5-6 keping asam, segenggam garam dan ½ keping gula Melaka dengan air tenggelam ikan. Rebus sehingga air hampir kering.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Setelah wangi, masukkan rempah kari dan tumis lagi sehingga terbit minyak.
Ikan direbus dengan 5-6 keping asam, segenggam garam dan ½ keping gula Melaka dengan air tenggelam ikan. Rebus sehingga air hampir kering.
Tuang santan dan kacau sehingga santan mendidih. Tumis dan
masukkan santan pekat, asam keping, gula dan garam.
Boleh tambah air dan masak lagi sehingga kuah pekat. Boleh ditambah air secara berulang ulang sehingga kuah cantik, baru dimasukkan ikan dan telur rebus, jika suka.
Akhir sekali, masukkan lada hijau dan cili padi sebagai hiasan.
Nota:
Akhir sekali, masukkan lada hijau dan cili padi sebagai hiasan.
Kuah gulai lauk nasi
dagang mesti sedikit pekat. Sedap disediakan sehari sebelum hendak diguna.
Catat Ulasan for "Nasi Dagang Kelantan Menggunakan Periuk Noxxa Di Hari Raya Aidil Adha"
Add your comment