Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Percik Original Kelantan

Ayam Percik Original Kelantan

Semasa bertugas di luar kawasan baru baru ni, saya mengambil teksi dari lapangan terbang ke hotel. Saya terfikir bagaimana masa depan pemandu teksi kerana perbezaan harga tambang teksi dengan harga yang dikenakan oleh perkhidmatan grab. Tambang teksi RM30 berbanding tambang grab yang hanya RM10. Berganda murahnya.

Terfikir kenapa grab boleh memberi perkhidmatan sama dengan kos yang jauh lebih murah. Apa yang menyebabkan teksi terpaksa mengenakan tambang yang jauh lebih tinggi, sedang pendapatan pemandu teksi masih rendah. Apa hidden cost yang menghalang teksi untuk memberi perkhidmatan murah selama ini? Apakah faktor teksi atau apakah permit untuk menjalankan perkhidmatan teksi? 

Apakah satu hari, perkhidmatan teksi tidak lagi relevan? Lebih lebih lagi grab menpunyai ciri ciri keselamatan kerana menpunyai maklumat pemandu untuk dijadikan rujukan sekiranya berlaku apa apa. Perkara ini, tiada dengan perkhidmatan teksi. Sama sama fikirkan. Sekarang masuk bab masakan dan resepi pula.

Menyediakan ayam percik, tidak susah tetapi sangat susah untuk mencari ayam percik original Kelantan. Kalau di bulan Ramadhan, cukup ramai yang menjual ayam percik di bazar Ramadhan. Tapi saya memang tak akan beli kerana yakin ianya tidak sedap. Walaupun disediakan oleh peniaga dari Kelantan. Sama juga dengan masakan lain. Hmm kadang kadang pelik, orang Kelantan bila berjual di luar Kelantan, masakan tidak berapa sedap. 

Saya selalu juga singgah di pasar malam setiap hari Jumaat di Kota Dame. Ada satu gerai yang menjual pelbagai makanan Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang dan lain lain. Bila mendengar percakapannya, saya dapati beliau adalah orang Kelantan. Tapi bila melihat lauk lauknya seperti lauk gulai ikan nasi dagang atau gulai ayam, memang tahu masakannya tak menjadi seperti mana gulai asli Kelantan. Gulainya cair dan ikannya pun tak terasa seperti gulai ikan Kelantan. Tapi kadang kadang sebab teringin nak makan, terpaksa juga beli. Maklumlah tak berbaloi untuk memasak makan sendiri. 

Ayam Percik adalah antara lauk masakan Kelantan kegemaran anak anak. Nana pun dah pandai menyediakan lauk ayam percik. Selain sedap dimakan dengan putih, sedap juga dimakan sebagai lauk nasi kerabu atau dimakan dengan pulut kuning. Yang ini sahaja, gandingan serasi untuk ayam percik. 

Jom layan resepi yang telah saya salin semula di bawah ini. Boleh klik entri ayam percik Kelantan sebelum ini di SINI. Insya Allah di masa hadapan, saya akan cuba resepi ayam percik Kelantan Cik gu Asmat yang berniaga ayam percik sedap di bazar Ramadhan lama dahulu. Selamat mencuba... 


Ayam Percik Original Kelantan
Ayam Percik Original Kelantan 

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4 
3 cawan santan pekat 
2-3 keping asam keping 
1 batang serai - ketuk 
2 sudu besar gula - kena ada lebih rasa manis 
Garam 
1/2 sudu besar tepung beras 

Bahan kisar: 
4 tangkai cili kering - 1 sudu besar cili kisar 
10 biji bawang merah - kena lebih 

Bahan perap: 
4 biji bawang merah 
1 inci halia 
Garam 

Cara cara:
Ayam dibuang kulit dan potong 4. Dikelar kelar. Kemudian perap ayam dengan bahan perap yang ditumbuk/kisar halus dalam 30 minit.

Lepas tu ayam dikukus sehingga masak, baru dibakar. Mesti kukus sampai masak supaya tiada lagi darah pada tulang ayam. Sementara ayam dikukus, boleh sediakan bahan untuk kuah percik.

Kisar bahan kisar bersama dengan sedikit santan pekat hingga benar benar hancur.

Masak bahan kisar bersama serai, santan, asam keping, gula dan garam secukupnya dengan api perlahan sambil dikacau sehingga pekat dan buih mendidih mula kelihatan.  


Jika belum cukup pekat, masukkan tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air. Bila elok kepekatannya, bolehlah tutup api dan dilumur pada ayam yang sedang dibakar. Kemudian dibalikkan dan dilumur pada permukaan ayam sebelah lagi. 


Nota:
Jika menyediakan ayam percik putih, tak perlu memasukkan cili kering. Gula mesti lebih untuk rasa manis dan lebih berkilat dan caramelised bila dibakar.

Ayam juga boleh dibakar dalam air fryer atau dalam oven yang diletak loyang tadahan di bawahnya supaya ayam tidak berair.  




3 ulasan for "Ayam Percik Original Kelantan"

  1. Assalam, Kak Azie. Baru saya tahu gandingan serasi untuk ayam percik sebab selalu ayam percik ni kami ratah aje, hihi.

    BalasPadam
  2. Kat Cambridge taxi mereka pakai app.kita call taxi.. Tak perlu download pun boleh track taxi through the SMS YG mereka hantar pakai link. Intact better than Uber Dan via van punya app. Charges toksah cakap la. Taxi company fixed the price better.
    Keta Dan drebar lagi elok.

    Taxi company kat msia kena ikut Cara ni.. to be successful and competitive.

    BalasPadam
  3. Sedapnye ayam percik...tengok gambar je dah terliurr.hehe

    BalasPadam