Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Netherland Rotterdam Hari 8


Hari ini saya ingin menyambung semula catatan perjalanan kami yang telah tertangguh tangguh sejak Ramadhan yang lalu. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Selepas bersarapan ringkas kami check out dari homestay di Kandersteg dan bertolak pukul 9 pagi untuk ke destinasi seterusnya iaitu Rotterdam yang memakan masa pemanduan selama 8 jam. 

Sebelum itu, kami berhenti di tepi sungai yang terletak tidak jauh dari chalet kami. Airnya sangat jernih berwarna biru kehijauan. Kelihatan itik berenang renang. Cuaca ketika itu sangat sejuk dan berkabus dengan suhu 2 degree. 


Semasa dalam perjalanan santai, kami singgah di stesyen minyak untuk mengisi minyak dan juga untuk mencari coklat Lyndt yang sangat terkenal di Switzerland. Inilah kelebihan bila memandu sendiri, kita boleh berhenti di mana yang kita mahu atau singgah di mana mana yang kita suka.



Kami sampai di Urban Residence Apartment Rotterdam pukul 8.00 malam. Apartment ini sangat luas dengan ruang makan dan ruang sofa yang luas dengan pemandangan shopping shopping mall dan deretan kedai kedai. 



Selepas solat, kami bergegas turun untuk ke butik Louis Vuitton di dalam De Bijenkorf. Itu pun selepas Juita yang telah terlebih dahulu keluar dengan Nelly menghantar message memberitahu ada butik LV. Rupanya bangunan yang terdapat butik LV hanya terletak sebelah dengan bangunan apartment kami. Terletak betul betul di tepi bilik kami bernombor 130. 

Tapi sayang ketika sampai lagi 10 minit sebelum ianya ditutup pukul 9.00 malam. Hanya malam minggu sahaja, ianya ditutup pukul 9.00 malam, manakala hari lain ditutup pukul 7.00 malam. Jadi saya tak dapat masuk butik LV kerana mereka masih menpunyai beberapa orang customer yang sedang menunggu giliran. Di situ juga ada butik Gucci, jadi saya singgah untuk melihat bag Gucci Diornysus yang saya berkenan sejak dari Paris lagi. 

Kami kemudian berjalan balik ke bilik. Malam itu Juita dan Nelly yang menyediakan makan malam dengan menggoreng kepak ayam yang dibeli di Lucerne tempohari. Kari ayam yang saya sediakan juga masih ada. Jadi itu lah lauk hidangan makan malam kami yang sangat sedap di perantauan. 



OK setakat ini dahulu, nantikan sambungan perjalanan percutian kami di Netherland di entri akan datang. 



3 ulasan for "Percutian Netherland Rotterdam Hari 8"