Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Keindahan Bunga Tulip di Keukenhof Hari: 10 Part 1


Kami telah berada pada hari ke 10 percutian yang tidak terasa pun kerana keseronokan bercuti, tanpa sedar kami telah menghampiri hari hari akhir percutian. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Hari ini kami akan melawat Keukenhorf untuk melihat bunga tulip. Nama pun bunga jadi hati kami pun berbunga bunga. Kami merancang warna baju untuk digandingkan dengan warna bunga tulip pilihan ketika di sana kelak.

Kami check out pukul 10 pagi. Terus ke tempat bunga tulip di Keukenhof. Perjalanan dalam 50 minit. Kami bersarapan ringkas sahaja pagi ini. Saya hanya makan roti dengan sardin. 


Keukenhof terletak di sebuah pekan bernama Lisse. Tak jauh dari Amsterdam. Mengikut website Keukenhof, kira-kira 7 juta kelopak dan 800 jenis bunga yang berbeza beza yang ditanam setiap tahun di sini yang meliputi kawasan seluas 32 hektar. Masa yang paling perfect untuk melawat taman hanya dibuka dari pertengahan Mac ke pertengahan Mei ini ialah pada betul-betul penghujung April. Ketika itu, bunga tulip kembang dalam keadaan paling ideal. Kalau Mac, tulipnya masih menguncup dan kalau pada hujung Mei pula, kelopak bunganya dah terlalu kembang.



Sesampai di sana, orang terlalu ramai. Kereta yang bersusun susun di tempat parking juga sudah banyak. Tempat parking memang sangat luas. Kami diarahkan untuk masuk melalui pintu masuk extra yang terletak di bahagian tepi dari pintu masuk utama. Tiket masuk adalah seperti gambar di bawah ini. 



Kami berjalan masuk sambil berhenti mengambil gambar di mana mana bunga yang kami berkenan. Kami mencari bunga bunga yang match dengan warna baju kami. Memang sangat teruja melihat keindahan bunga tulip yang cantik berwarna warni. Semua warna pun cantik. 

Macam-macam gaya posing yang boleh kita lihat, ada yang duduk, ada yang berbaring pun ada. Bila bab bunga, bukan orang perempuan sahaja yang meminatinya, orang lelaki pun sekali. 


Ya lah selama ini hanya dapat melihat bunga tulip plastik. Ada satu masa, saya kemaruk membeli bunga tulip untuk hiasan rumah kami. Beli tulip pelbagai warna dan susun dalam bekas. Saya juga beli untuk hiasan rumah kakak di kampung.

Oleh kerana kami belum bersarapan, perut mulai keroncong. Nasib baik ada stall yang menjual hanya sandwich berasaskan ikan seperti tuna, salmon, ikan salmon mentah dan lain lain ikan. Dapat lah juga mengisi perut dengan segelas air pudina yang dibancuh dengan madu. Tengah cuaca sejuk dapat minum air panas, memang sangat heaven. Tak dapat digambarkan betapa nikmatnya ketika itu.


Selepas makan, kami sambung lagi berjalan jalan di sepanjang taman sambil bergambar. Tanpa disedari kami telah berjalan agak jauh dalam taman yang sebenarnya sangat luas dan  besar. 

Kaki saya yang masih belum pulih pun telah mula memberi signal bahawa saya perlu berehat. Ketika itu, jalan pun dah mula berjengkek jengkek dan asyik bertanya jauh lagi ke pintu keluar. Hahaha.


Di pintu keluar kami singgah beli waffle yang sangat sedap. Dimakan ketika panas panas, lagi lah bertambah sedap. Kemudian kami balik ke tempat kereta untuk bertolak balik. 


Di luar kawasan Keukenhof garden ini terdapat taman tulip yang luas dimiliki oleh orang atau syarikat persendirian. Kawasan luas dan berpagar di mana bunga bunga tulip di tanam di atas batas. Di sinilah yang dikatakan kita boleh melihat bunga tulip secara percuma. Melihat dari luar pagar sahaja lah. 



4 ulasan for "Keindahan Bunga Tulip di Keukenhof Hari: 10 Part 1"

  1. Salam Azie... Kalau tengok pada tarikh tiket tu... saya pun berada di Keukenhof pada tarikh yang sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perasan pulak kalau ada jumpa dg orang Malaysia masa di sana. cantik sangat di sana kan.

      Padam
  2. wah cantiknya. bukan main kak azie posing....

    BalasPadam
  3. Ya... Tempat tu luas... teruja dan seronok menyaksikan bunga2 yang cantik buat kita alpa dgn orang keliling.

    BalasPadam