Jalan Jalan Di Amsterdam Hari: 9
Pagi pagi saya menyediakan sarapan nasi goreng simple jer. Makan dengan lebihan ayam goreng dan juga bawang goreng. Kedua duanya penyelamat kerana ianya menjadikan nasi goreng yang simple menjadi sangat sedap.
Kami keluar apartment pukul 9 pagi menuju ke Armsterdam yang memakan masa perjalanan 1 jam. Kami memilih Rotterdam sebagai tempat penginapan kerana kos penginapan di Armsterdam sangat mahal.
Kami sampai di Rijksmuseum Amsterdam atau Rijksmuseum yang merupakan sebuah muzium negara Belanda di Amsterdam, terletak di Museumplein dalam pukul 11. Selepas bergambar di situ, kami terus mencari canal atau terusan yang memang terdapat merentangi tengah bandar. Di sini, ramai orang yang berbasikal. Jadi kena berhati hati supaya kita tidak termasuk dalam laluan basikal.
Kemudian kami berjalan arah ke De Bienkorf kerana Nelly dengan Juita mahu mencari kentang goreng dengan cheese. Kami terus masuk ke De BienKorf untuk ke butik LV dan butik Gucci. Hubby pula masuk ke butik Prada untuk melihat pouch wallet. Sebelum itu, kami singgah makan curros di sebuah restoran kerana tak tahan untuk meneruskan perjalanan dalam cuaca yang terlalu sejuk. Selepas memanaskan badan sambil minum kopi, barulah kami meneruskan perjalanan ke De Bienkorf.
Kami agak lama di situ kerana saya terus membuat claim VAT. Hubby dengan Juita pergi terlebih dahulu ke kereta kuatir kalau tiket parking telah tamat.
Dari situ, kami bergerak pula ke The Zaanse Schans windmill. The Zaanse Schans adalah museum dengan ruang udara terbuka sesuai untuk pengunjung semua peringkat usia. Boleh dikunjungi bila bila masa sahaja. Di sini juga banyak kedai kedai cenderahati dan juga kedai cheese.
Ketika kami sampai hujan turun secara tiba tiba. Kami semua berlari masuk ke dalam kedai yang menjual cheese. Cuaca sejuk menyebabkan kami lama dalam kedai yang menjual cheese sambil melihat demo cara mereka menyediakan cheese. Selepas hujan turun, baru kami berjalan jalan sekitarnya yang sangat cantik untuk mengambil gambar. Mengambil gambar yang cantik di sini sangat mencabar kerana orang yang sentiasa ramai.
Selepas keluar baru tersedar rupanya Giethoorn ditutup pukul 5. Dengan perjalanan yang lebih 100 batu, memang kami tak sempat sampai sebelum ianya ditutup. Memang terasa rugi tapi ada hikmahnya. Mungkin untuk datang lagi.
Jadi kami terus balik ke Rotterdam, cepat cepat ke shopping mall berdekatan sebelum ianya ditutup pukul 7.00 malam. Dengan ada masa 1 jam kami bergegas ke Zara dan H&M untuk mencari baju untuk dipakai hari hari seterusnya.
Selepas kedai di tutup, kami berjalan balik ke bilik untuk berehat. OK setakat ini dahulu sehingga bertemu di entri akan datang untuk entri perjalanan kami ke Kenkonhorf untuk menikmati keindahan bunga tulip. Nantikan tau...
tunggu jugak sambungan journey kak Azie ni. tapi youtube sempat update mcm2 resepi...hehehe
BalasPadam