Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Kerabu

Nasi Goreng Kerabu

Setiap hari samada hari kerja atau hari minggu, sarapan menjadi masalah utama pada saya. Kalau hari kerja, saya masuk pejabat pukul 8.00 pagi. Jadi pilihan tempat untuk bersarapan agak terhad serta dengan menu yang sama sahaja. Jika mahu kelainan atau menu yang lebih sihat, terpaksa lah kita menyediakannya sendiri di rumah.

Hari ini saya menyediakan 2 jenis nasi goreng iaitu Nasi Goreng Kerabu dan Nasi goreng biasa yang simple simple. Kenapa jadi sampai 2 nasi goreng? Hmm apa lagi, ada anak anak yang tak makan sayur. 

Puas saya membebel dan memujuk, tetap mereka tak suka. Hanya Aween dan Juita sahaja yang sukakan sayur dan ulaman. Sedangkan saya di usia begini, memang kena menukar kepada diet yang lebih sihat. Juita dan Aween juga sekarang banyak melakukan exercise di Gym dan menjaga makan.  

Nasi Goreng Kerabu

Nasi goreng kerabu ini kalau dilihat dari sayuran dan ulaman yang digunakan, sepatutnya lebih sihat dari yang lain lah. Saya menggunakan 2 keping ikan tenggiri jeruk untuk memberi rasa pada nasi ini. Saya taburkan juga ikan bilis goreng, sebelum nasi goreng dihidangkan.

Jom layan resepi yang sangat mudah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..... 


Nasi Goreng Kerabu

Nasi Goreng Kerabu

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
2 keping isi ikan jeruk 
3-4 ulas bawang merah  - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Garam
Ikan bilis goreng - tabur

Sayuran:
Cili padi 
Kacang panjang
Serai
Daun kesum
Bunga kantan

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris. Masukkan isi ikan jeruk dan goreng seketika sebelum dihancurkan menggunakan sudip. Kacau rata. 

Nasi Goreng Kerabu

Nasi Goreng Kerabu

Masukkan cili padi dan kacau. Masukkan pula nasi dan garam. Kacau rata. 

Akhir sekali, masukkan sayuran kacang panjang, daun kesum, serai dan bunga kantan. Kacau seketika jer, terus tutup api sebab tak mahu sayur terlalu lembut. 

Nasi Goreng Kerabu

Nasi Goreng Kerabu

Sesuaikan rasa dan tabur ikan bilis. Tadaa sedia untuk dihidangkan. 

Nasi Goreng Kerabu


1 ulasan for "Nasi Goreng Kerabu"