Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Goreng Basah

Mee Goreng Basah

Sebelum masuk bab mee basah, saya nak bercerita aktiviti kesukaan saya kebelakangan ini. Setelah lebih 25 tahun, saya beli sebidang tanah di Sungai Buloh, baru kini saya berkesempatan untuk menanam pokok buah buahan. 

Bayangkan selama ini, hanya menanam hutan rimba. Beberapa tahun dulu, saya ada tanam 4 batang pokok durian dan anak dokong. Dah tumbuh tinggi. Tapi bila dibersihkan, pokok durian pun hilang sekali. Mungkin belum ada rezeki. 

Beberapa hari juga saya berulang alik ke nurseri di Sungai Buloh mencari anak anak pokok buah buahan dari baka kawin yang lebih rendah dan lebih cepat berbuah. Saya membeli anak pokok yang telah besar bagi memastikan ianya tumbuh dengan baik. Jika beli pokok yang baru, memang murah tetapi ada risiko pokok tidak membesar. 

Kini saya berpuashati kerana hasrat ingin menpunyai kebun buah buahan akhirnya tercapai. Sekurang kurangnya saya dapat melakukan sedikit aktiviti riadah dan keregangan di sini. Walaupun agak terlewat tak mengapa. Harap harap ianya akan berbuah dalam masa 3-4 tahun ini. Semoga pokok pokok ini juga akan menjadi amal jariah buat saya. Aameen. 

Mee Goreng Basah

Saya baca petua di SINI untuk menyediakan mee goreng basah yang sedap ialah dengan menggunakan kicap mee dan kicap pekat. Kicap pekat ialah kicap yang betul pekat melikat.

Satu lagi tips masak mee goreng basah sedap ini, jangan berlebihan masukkan sesuatu sos dan tak perlu dah ditambah garam, gula serta serbuk perasa sebab hasil daripada campuran sos cili, tomato, sos tiram serta kicap mee sudah cukup sempurna. 

Hahaha tapi saya tambah juga sedikit garam kerana masin kicap dengan masin garam berbeza. Lagi pulak, sejak dulu saya bukanlah penggemar kicap. 

Teruja membaca apa yang ditulis sebagai "Alahai sedapnya resepi mee goreng basah ni. Tak berlebihan rasa sos dan penggunaan kicap mee memang buat rasa mee goreng basah betul-betul terangkat."

Jom layan resepi dan cara penyediaannya. Selamat mencuba....

Mee Goreng Basah

Mee Goreng Basah Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 bungkus mee kuning - bilas dan tos
8 ekor sotong udang
1 paket fish cake - jika suka
2 ikat sayur Bok Choy
1 biji tomato - hiris 6 
2 cili merah - hiris
4 sudu besar cili kering kisar
Minyak 

Bahan sos:
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mee
Air secukupnya

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
2-3 biji bawang merah 
Bahan hiasan:
Daun bawang
Bawang goreng
Cili jeruk

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan. Saya guna pes bawang putih.

Mee Goreng Basah

Masukkan cili kisar dan tumis dengan api perlahan hingga cili masak dan pecah minyak. Rahsia buat resepi mee goreng basah adalah di sini, iaitu cili kisar mesti betul betul masak dan terbit minyak.

Setelah terbit minyak, barulah dimasukkan air dan semua bahan sos serta udang. Kacau sebati dan tunggu sehingga sos dan udang masak dan mulai mendidih kecil.

Mee Goreng Basah

Masukkan mee kuning bersama sayuran, tomato dan juga hirisan cili. Kacau perlahan supaya mee tidak mudah putus. Kacau atas api sederhana. 

Bila sayur dah layu , bolehlah tutup api. Taburkan hirisan daun bawang, cili jeruk dan bawang goreng.

Mee Goreng Basah

Mee Goreng Basah

10 ulasan for "Mee Goreng Basah "

  1. Kalau x de sos tiram nk ganti ngan apa ye?

    BalasPadam
  2. Yeay..nak buat utk berbuka kejap lagi..tq kak

    BalasPadam
  3. Terima kasih. Saya dah buat
    Sedap dan membantu saya buat mereka goreng basah. Makan sekeluarga

    BalasPadam
  4. Kes nelopa ni masih dlm siasatan... Jom mombincangbowang disini

    BalasPadam
  5. Kes pelajar disaman oleh kkm perak camne lak dgn geng kayangan... Jom bincang disini

    BalasPadam
  6. 2bungkus mee tu bersama an 2 kilo mee ke?

    BalasPadam