Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Sejak disahkan mengalami allergi, hanya sotong sahaja dari makanan laut yang boleh saya ambil selain dari ikan. Semua makanan laut yang bercengkerang, memang kena berpantang. Jadi sotong memang kerap menjadi lauk pauk di rumah kami. 

Dulu dulu saya tak pandai juga memasak sambal tumis sotong. Sambal menjadi berkuah dan berair kerana air sotong yang keluar dan bercampur dengan sambal. Sejak itu, mulalah belajar dengan Pak Cik Google juga kawan kawan sehingga kini berjaya menghasilkan sambal tumis sotong yang cantik.  

Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Cara saya bila memasak sotong, ialah saya tidak membuang selaput kulit luar sotong. Itu cara saya. Saya suka melihat sotong yang bercorak corak bila siap dimasak. Masa kecil kecil dulu, masa makan saya akan siatkan kulit sotong. Hahaha makan kulitnya dulu. 

Saya rasa kurang berselera makan sotong yang berwarna putih semata. Haa itu saya yang mungkin berbeza dengan orang lain. Raikan perbezaan tau.  Encik Hubby kalau sekali sekala menolong saya menyiang sotong, memang licin disiat kulit sotong. 

Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Sebab teringin untuk makan sotong bertelur, saya memujuk Hubby supaya pergi ke Pasar Taman Tun kerana di sana memang ada dijual sotong yang bertelur. Aduhaai sedap sangat sotong bila ada telur di dalamnya yang lemak lemak. Masak apa pun sedap, jika sotong penuh tersembul dengan telur. Sambal pekat melekat macam ni memang sangat sedap dimakan dengan nasi lemak kukus sedap Azie Kitchen di SINI

Jom layan resepi dan cara saya menyediakan sambal tumis sotong di bawah ini. Jangan lupa juga untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Sambal Tumis Sotong
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
750 gram sotong
5 sudu besar cili kering kisar
½ sudu besar garam
2 sudu besar gula
Gula Melaka
Air asam jawa

Bahan kisar:
2 ulas bawang besar saiz kecil
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan sotong. Biarkan sotong separuh masak dan air sotong keluar. Air sotong boleh dimasukkan ke dalam sambal, jika suka. 

Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Dalam kuali lain, panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar. Tumis sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. 

Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Setelah cili terbit minyak, masukkan gula dan kacau rata sehingga warna sambal menjadi merah gelap. 

Masukkan air rebusan sotong, air asam jawa dan garam. Kacau sehingga sambal sedikit kering dan terbit minyak. 

Setelah sambal pekat, baru dimasukkan sotong. Kacau rata. 

Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Renihkan sambal dengan api kecil sehingga sotong masak, sambal pekat dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api.

Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen

Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen


Catat Ulasan for "Sambal Tumis Sotong Azie Kitchen"